1MDB: Mahkamah batal saman Zaid terhadap Najib

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis membatalkan saman yang dikemukakan ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim yang menuntut wang RM2.6 bilion dan RM42 juta yang didakwa dikreditkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pesuruhjaya Kehakiman, Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman berkenaan.

Dalam tuntutan tersebut, Zaid selaku plaintif menamakan Perdana Menteri; 1MDB; kerajaan Malaysia, dan anak tiri Najib, Riza Shariz Abdul Aziz masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.

"Plaintif tidak mendedahkan satu kausa tindakan munasabah, mengaibkan, remeh, menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah," katanya.

Selain itu, Rohani berkata, plaintif  juga tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan tersebut terhadap defendan untuk manfaat 1MDB  dan plaintif  juga bukan seorang pegawai, ahli, pemegang saham atau ejen 1MDB untuk membawa tindakan tersebut untuk manfaat defendan.

"Sekiranya tindakan ini adalah satu tindakan perwakilan bagi manfaat semua rakyat dan pembayar cukai di Malaysia, plaintif juga didapati gagal menunjukkan wang telah ditukar atau disalahgunakan oleh Najib bagi kegunaan orang lain, " katanya.

Malah katanya plaintif juga tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai dakwaan plaintif berhubung wang berkenaan.

Sehubungan itu Zaid diperintah membayar kos sebanyak RM4,000 kepada setiap defendan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana