100 NGO ISLAM SOKONG #BAJET2018 OLEH NAJIB RAZAK

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima memorandum daripada 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi melahirkan sokongan terhadap pembentangan Bajet 2018.

Perdana Menteri menerima memorandum tersebut yang diserahkan oleh wakil NGO berkenaan, Zambri Mohd. Isa di Bangunan Perdana Putra di sini.

Menurut Zambri merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), pihaknya menyifatkan Bajet 2018 itu sangat dekat dengan rakyat terutamanya bagi membantu orang Islam dan Melayu.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana banyak bantu orang Melayu dan Islam.

“Kita berharap orang Melayu dan Islam terus beri sokongan kepada Perdana Menteri dalam membangunkan syiar Islam di negara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana