Tun Mahathir Dimalukan Hadapan Penyokong Sendiri

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berjaya memalukan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi yang diadakan Sabtu lalu.

Bekas Ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, ini terbukti apa yang tersimpan selama beliau menjawat jawatan Pengerusi SPR akhirnya  diluahkan.

Menurutnya, tindakan Ab Rashid itu akhirnya membongkar tindak tanduk bekas Perdana Menteri itu dihadapan penyokong mereka sendiri.

“Beliau  memalukan  Dr Mahathir dihadapan penyokong sendiri, jika amati  setiap patah perkataan dalam ucapan Ab Rashid ia membuktikan dia meluat dengan bekas pemimpin tersebut.

“Jelas beliau menyatakan bahawa bekas ‘bossnya’ suka menipu dan merompak demi kepentingan politik sewaktu mentadbir selama lebih 20 tahun,” katanya.

Mohamed Razali berkata, oleh itu rakyat boleh menilai sendiri siapa sebenarnya ‘perompak’ ketika mentadbir negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana