Tidakku percaya janji manismu, kata Mat Sabu kepada PAS

ALOR SETAR: Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata beliau tidak akan sesekali menoleh ke belakang untuk kembali kepada PAS.

Beliau yang lebih 30 tahun bersama PAS sebelum ini, mengakui ada ahli dan pemimpin parti itu yang mempelawanya kembali semula menyertai mereka.

“Adakah lagi abang Mat teringin bersama dengan PAS? Kita kena faham antara parti dengan orang, orang-orang PAS adalah rakan-rakan kita.

“Selalu saya jumpa mereka di lapangan terbang, mereka dalam kuliah kadang-kala kita tahu dia maki kita. Tapi bila jumpa di lapangan terbang, dari jauh dia datang untuk bersalam. Dia kata apa khabar abang Mat? Teruskan perjuangan, padahal kita tahu dia maki aku.

“Dia kata abang Mat kembalilah kepada PAS. Saya pun jawab janji manismu takkan ku percaya lagi,” katanya yang disambut gelak tawa para perwakilan pada hari terakhir Konvensyen Amanah 2017 di sini.

Mohamad atau Mat Sabu meninggalkan PAS pada 2015 selepas tewas dalam pemilihan parti.

Beliau kemudiannya membentuk Amanah bersama sekumpulan bekas pemimpin parti itu yang tidak sealiran dengan kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu, beliau menggesa PAS untuk membenarkan ahli-ahli mereka menyokong dan bersama dengan Amanah pada pilihan raya umum akan datang, jika mereka tidak mahu bersama lagi dengan pembangkang.

Gesaan itu timbul selepas beliau melihat PAS kini lebih mesra dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Katanya perkara itu dapat dilihat dalam Himpunan Fastaqim 2.0 yang dianjurkan oleh PAS baru-baru ini, yang mendakwa himpunan itu lebih banyak mengutuk Amanah dan DAP berbanding Umno-BN. 

"Kita hairan sekarang ni himpunan yang besar mereka (Fastaqim 2.0) bukan lagi nak lawan Umno-BN tapi lawan DAP dan Amanah. Ini yang paling pelik, BN mereka tak hentam pun dalam Fastaqim.

"Kamu ni parti pembangkang ke parti kerajaan? Kalau nak jadi pemerintah pergilah belah sana. Kalau nak jadi pembangkang (tapi) tak mahu, benarkanlah anak-anak buah kamu datang bersama kami (Amanah)," katanya yang mendapat tepukan para perwakilan.

Semalam bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menyatakan hal sama, bahawa mana-mana ahli yang mahu menyokong Pakatan Harapan (PH) tidak perlu keluar meninggalkan parti itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian selepas melihat hasrat parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu hanya mahu bertanding di 40 buah kerusi sahaja pada pilihan raya dan bukannya mahu mengambil-alih kerajaan.

Mahfuz antara pemimpin PAS yang hadir pada konvensyen berkenaan, turut bersama beliau tiga ADUN PAS iaitu Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) serta ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman.

Mereka sejak akhir-akhir ini dilihat mesra Amanah dan sering menghadiri program anjuran PH.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana