Tidak bersyukur, kufur nikmat dan mengajak manusia lain jadi Khawarij.

Berterima kasih atas pemberian orang lain adalah tanda bersyukur kepada Allah Taala:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"TIDAK BERSYUKUR KEPADA ALLAH SEORANG YANG TIDAK BERSYUKUR KEPADA MANUSIA"

[HR. Abu Daud, disahihkan Al Albani di dalam Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah 1/702]

Berkata Al Khaththaby rahimahullah:

"Hadis ini ditafsirkan dengan dua makna:

Pertama: Bahawa barangsiapa yang tabiat dan kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah Taala dan tidak bersyukur kepada-Nya.

Kedua: "Bahawa Allah subhanahu wa Taala, tidak menerima syukurnya seorang hamba atas kebaikan-Nya kepadanya, jika seorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain dan kufur terhadap kebaikan mereka." [Lihat kitab Sunan Abu Daud dengan Syarah Al Khaththaby 5/ 157-158]

Kredit: muslim.or.id

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana