Tambahan stesen HSR di Forest City masih diteliti - SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih mengkaji keperluan membina stesen di Forest City bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Azharuddin Mat Sah berkata keputusan penambahan stesen itu belum dimuktamadkan dan keputusan akhir akan dibuat kerajaan.

"SPAD sedang mengkaji dengan teliti perkara ini, kalau ada keperluan kami akan buat cadangan dan kerajaan yang akan buat keputusan," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPAD di Kuala Lumpur Jumaat.

Pemaju projek Forest City di Johor sebelum ini dilaporkan melobi kerajaan untuk membina stesen HSR di kawasan berkenaan yang dilihat mampu memberi impak terhadap pembangunan di situ.

Dijangka mula beroperasi pada 2026, pelan asal HSR KL-Singapura menunjukkan ia mempunyai tujuh stesen di Malaysia iaitu Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Dalam pada itu, Mohd Azharuddin berkata SPAD akan menganjurkan satu simposium di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad dan Isnin ini sebagai platform perkongsian dan perbincangan berhubung peranan pengangkutan awam darat dalam pertumbuhan sosioekonomi dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

Katanya, acara bertema 'Reimagining Transportation: Sustainable Mobility' (Pengangkutan Imaginatif, Mobiliti Mampan) turut memuatkan pameran pengangkutan awam darat dan pameran kerjaya selain peraduan yang menyediakan hadiah lumayan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana