Sultan Selangor titah MAIS tarik balik pengtauliahan Zamihan

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik pengtauliahan mengajar yang diberikan kepada Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin.

Dalam satu kenyataan Istana Selangor hari ini, Sultan Sharafuddin turut menitahkan supaya keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dibatalkan mengikut Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tauliah Negeri Selangor 2008.

Keputusan itu diambil selepas baginda mengadakan perbincangan dengan Dewan Diraja Selangor hari ini.

Kenyataan itu juga menambah, tindakan tersebut diambil ekoran ceramah agama yang disampaikan Zamihan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, awal bulan ini yang mengandungi perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau ke atas Institusi Diraja.

Dalam kuliahnya di masjid tersebut 7 Oktober lalu, Zamihan dikatakan menyelar pendirian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan isu dobi mesra muslim di negeri itu.

“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban...’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan dalam rakaman video yang tular dan dimuat naik di Youtube.

Zamihan kemudian memohon maaf kepada Sultan Johor, tetapi menyerang beberapa media sambil mendakwa dirinya difitnah.

Susulan ceramah kontroversi itu, Zamihan ditahan pada Rabu lalu dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan  di bawah Seksyen 4 (a) Akta Hasutan.

Pendakwah itu dibebaskan pada Sabtu selepas permohonan polis untuk melanjutkan perintah tahanan reman terhadapnya ditolak oleh mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana