Shafie Afdal kena reman empat hari untuk siasatan SPRM...Buat Hal Masuk Hospital plak

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Shafie Apdal dikenakan reman selama empat hari untuk bantu siasatan SPRM kes seleweng dana KKLW di Sabah.

Presiden Parti Warisan Sabah itu telah dibawa dengan ambulan dari Hospital Queen Elizabeth II ke kompleks Mahkamah Kota Kinabalu untuk proses reman pada jam 2.15 petang.

Beliau bagaimanapun berpakaian baju putih dan seluar hitam biasa dan tidak pakai baju oren 'Lokap SPRM' seperti yang lain-lain sebelum ini.

Perintah reman dikeluarjkan oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus setelah lulus permohonan SPRM.

Kebetulan Shafie genap berusia 60 tahun hari ini.

Sementara itu, seorang jurutera awam yang juga perunding sebuah syarikat, Amarjit Singh turut direman selama enam hari bermula hari ini atas kes sama.

Amarjit , 47, ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah Khamis.

Dengan penahanan Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna dan jurutera berkenaan, jumlah individu yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan isu dana di Sabah kini berjumlah 11 orang.- 20/10/2017

BERITA AWAL....Shafie Apdal masuk hospital...dijangka direman petang ini

Tidak lama selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9 Khamis malam...Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II ekoran tekanan darah tinggi.

Sebelum itu beliau disoal siasat berkaitan kes seleweng dana Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM1.5 billion  di Sabah.

Shafie dimasukkan ke hospital itu jam 11 malam atas permohonan peguamnya..

SPRM dijangka memohon perintah tahanan reman ke atasnya petang ini bagi memudahkan siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Shafie yang juga bekas menteri KKLW dipanggil beri keterangan kes itu  pada jam 5 petang.

Beliau tiba di Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur sebelum ke pejabat SPRM.

Ketika tIba di lapangan terbang Kota Kinabalu,Shafie kelihatan sihat semasa disambut oleh penyokong partinya.

Keterangan Shafie diperlukan kerana penyelewengan dalam agihan projek luar bandar di Sabah itu, dikesan berlaku di antara tahun 2009 hingga 2015, ketika beliau menteri KKLW.

Sebelum ini, dua adik Shafie, iaitu Hamid Apdal dan Datuk Yusof Apdal  turut ditahan reman oleh SPRM berhubung siasatan yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana