Shafie Afdal dipanggil beri keterangan oleh SPRM jam 5 petang ini

Sejak tiga minggu yang lalu cakap-cakap Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan dipanggil memberi keterangan siasatan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015 sudah mula kedengaran.

Detik itu sampai juga... pada Khamis, Presiden Parti Warisan Sabah itu diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 5 petang ini.

Mohd. Shafie yang kini berada di Kuala Lumpur akan menaiki penerbangan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 3.30 petang.

Beliau kemudiannya akan terus ke pejabat SPRM di Wisma Sulaman di sini untuk tujuan itu.

Sebelum ini, banyak pihak telah menjangka Mohd. Shafie akan dipanggil memandangkan beliau adalah Menteri KKLW sepanjang tempoh berkenaan.

Siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009 itu setakat ini menyaksikan RM179 juta dibekukan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan dana RM1.5 bilion yang diseleweng dalam tempoh tujuh tahun itu.

Terdahulu, adiknya Hamid Apdal dibebaskan daripada tahanan reman berhubung kes yang sama dengan ikat jamin RM50,000 dengan RM25,000 dideposit berserta 2 orang penjamin.

Menantu Hamid juga dijangka dibebaskan hari ini, manakala seorang lagi adik Shafie iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu daripada Umno, Datuk Yusof Apdal kini masih ditahan reman.

Sebelum ini dilaporkan 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion sedang dipantau SPRM.-19/120/2017

Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan bermula tiga minggu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana