SESUATU UNTUK DIRENUNGKAN: ANTARA KOS SARA HIDUP DAN KOS GAYA HIDUP

Telefon pintar terbaru, tudung selebriti, langganan WiFi, keseluruhan langganan pakej Astro dan sebagainya bukan termasuk barangan kos sara hidup, kata Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).

Pada asasnya ia adalah keperluan gaya hidup dan kos yang ditanggung bersama dengannya perlu dirujuk sebagai sebagai ‘kos gaya hidup’, kata timbalan presiden Mubarak Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman.

Dalam komentar yang dikeluarkan hari ini, menjelang pembentangan Bajet 2018 di Parlimen pada Jumaat ini, beliau berkata ada orang mungkin berpendapat barangan ini benar-benar perlu dan keperluan penting dalam kehidupan hari ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

“Baiklah, sekiranya perlu, biar begitu. namun perlu diingat bahawa barangan ini bukan kos sara hidup. Pada asasnya ia adalah keperluan gaya hidup dan kos yang ditanggung bersama dengannya perlu dirujuk sebagai kos gaya hidup,” katanya.

Beliau berkata dalam menghitung kos sebenar kehidupan, mungkin ada kecenderungan sesetengah pihak untuk mencampuradukkan kedua-duanya, satu jumlah yang boleh memeranjatkan.

— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana