SELEPAS SELESAI BENTANG #BAJET2018, DUA MP DICEKUP MENIPU?

Usai sahaja pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri semalam, beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan telah diminta media untuk memberikan komentar berkaitan pengisian yang telah diumumkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada pembentangan yang memakan masa hampir 3 jam itu.

Antara media yang ghairah mendapatkan komentar daripada barisan pemimpin Pakatan Harapan termasuklah Sinar Online dan Kinitv.

Azmin Ali melalui kenyataannya semalam kepada Sinar Online menyatakan bahawa kebanyakan pengisian Bajet 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak adalah mirip kepada belanjawan yang telah diamalkan oleh Selangor.



Mengambil contoh pengumuman Perdana Menteri berkaitan program MyBrain (MyBrain15KPT) yang diberikan peruntukan RM90 juta untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran, Azmin mendakwa program MyBrain adalah satu ‘saduran’ daripada program Selangor Brain Bank.

Azmin Ali sewajarnya melakukan sedikit penyelidikan sebelum mengeluarkan kenyataan dangkal yang boleh disifatkan sebagai bodoh-bodoh alang sehingga memalukan diri sendiri.

Untuk makluman, program MyBrain yang didakwa adalah saduran daripada program Selangor Brain Bank itu sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, iaitu sejak Disember 2010. Rujuk di sini.





Sedangkan program Selangor Brain Bank yang kononnya adalah perintis pembuka jalan hanya diumumkan pada bajet Selangor 2014. Rujuk di sini.





Oleh itu, jika program MyBrain Kerajaan Pusat dimulakan pada tahun 2010 dan program Selangor Brain Bank hanya diumumkan pada Bajet Selangor 2014, siapakah agaknya yang menjadi pembuka jalan dan siapa agaknya yang menciplak idea?

Tidak cukup dengan kenyataan itu, Azmin Ali sekali lagi turut mengelirukan rakyat apabila mendakwa kerajaan negeri di bawah pimpinannya lebih prihatin apabila Selangor memperuntukkan RM50 juta untuk 2018 bagi Pelan Induk Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedangkan dakwanya kerajaan pusat hanya memperuntukan Rm4.5 juta sahaja.



Realitinya RM4.5 juta itu adalah hanya peruntukan biasiswa pelajar cemerlang TVET sahaja dan bukannya peruntukan keseluruhan untuk TVET. RM4.9 billion diperuntukkan untuk Pelan Induk TVET Malaysia.



RODZIAH ISMAIL, ADUN BATU TIGA.



Sementara itu, seorang lagi wakil rakyat Selangor, iaitu Rodziah Ismail (PKR, Adun Batu Tiga) turut tampil mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung pemansuhan kutipan di plaza tol Batu Tiga dan Rasau yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Bajet 2018 semalam.



Rodziah mendakwa, pengumuman pemansuhan yang diumumkan Perdana Menteri itu sebenarnya tidak wujud dan ianya adalah penamatan secara otomatik kerana sememangnya perjanjian konsesi bagi kedua-dua plaza tol tersebut tamat pada 2018.



Benarkah dakwaan Rodziah itu?

Jika disingkap semula, Adun Batu Tiga itu sendiri pernah mempertikaikan tentang kewajaran kerajaan pusat melanjutkan tempoh konsesi bagi kedua-dua plaza tol itu sehingga tahun 2038 melalui artikel yang diterbitkan Malaysian Digest (klik sini).



SHAH ALAM: Susulan syor pemansuhan tol yang digariskan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR), PKR akan mencari jalan untuk memansuhkan tol di kawasan Batu Tiga dan Sungai Rasah di sini jika diberi mandat sebagai kerajaan pusat.
Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail berkata, sudah tiba masanya tol di kawasan tersebut dimansuhkan.

“Ini bukan gimik. Insya-Allah kita akan pastikan ia dapat dilaksanakan. Pada 5 Mei nanti, pemimpin-pemimpin yang diberikan mandat akan duduk berbincang bagi memikirkan bagaimana tol ini akan diberhentikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendesak BN menjelaskan kewajaran melanjutkan konsesi tol terhadap Plus di tol Batu Tiga dan Sungai Rasah sehingga tahun 2038.

“Pada tahun 2011, ada semakan yang saya nampak betul-betul menyusahkan penduduk sekitar, di mana ia akan tamat pada 2018 tapi konsesi Plus itu telah disambung sehingga 2038.

“Jadi, kita nak tahu rasional di situ. Secara keseluruhan, ia melibatkan 50 tahun kutipan tol di lebuhraya persekutuan kedua ini,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, hari ini.

Beliau mendakwa BN tidak berani dalam mendedahkan jumlah kutipan tol tersebut.

“BN tak berani mendedahkan berapa sebenarnya kutipan yang telah dibuat dan adakah kutipan tersebut sudah pun mencapai sasaran yang ditentukan.

“Jadi, kita mahu BN menjawab persoalan ini iaitu apa kewajaran mereka menyambung konsesi itu sehingga 2038?” katanya.

Menurutnya, rakyat tak pernah didedahkan sama ada kutipan tol tersebut sudah mencapai sasaran atau tidak.

“Kita tak pernah didedahkan dengan data-data sama ada tol itu sudah pun mencapai sasaran kutipan sewajarnya. Sudah 25 tahun rakyat membayar, ada baki lima tahun lagi.

“Kita yakin tol ini sudah sampai masanya, ditutup. Sebab itu saya mendesak, selaku wakil rakyat Batu Tiga,” katanya.

– Sinar Harian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana