SAYA SUJUD SYUKUR TAK JADI CALON PAS – MAHFUZ

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memanjatkan kesyukuran kerana tidak lagi disenaraikan sebagai calon mewakili partinya – PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau membalas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor, dan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Nik amar Nik Abdullah yang tidak akan mencalonkan beliau kerana kecenderungannya memberikan sokongan terhadap pembangkang.

“Saya sujud syukur kerana tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada PRU-14. Jika dicalonkan semula pun pasti saya tolak.

“Ini kerana, kalau saya terus jadi calon Pas, bermakna saya akan mengkhianati rakyat,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Terdahulu, PAS membuat pendirian tidak akan mencalonkan Mahfuz yang juga penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena dalam PRU-14.

Bekas Naib Presiden Pas itu juga diminta keluar meninggalkan parti kerana tindakannya yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Pakatan Harapan yang didalangi DAP.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya telah mempunyai calon bagi menggantikan Mahfuz.-MalaysiaGazette

Pas tak akan calonkan Mahfuz

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana