“SAYA CABAR KHALID DEDAHKAN SIAPA ‘GODFATHER’ YANG DIMAKSUDKANNYA” – DR. ZAMIHAN MAT ZIN

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin meminta Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (PAN) Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan siapa ‘GodFather’ yang didakwa melindungi beliau.

Kata Zamihan, beliau kesal Khalid yang juga pemimpin Pakatan Harapan dan Pengarah Komunikasi PAN itu sanggup membuat tuduhan jahat seperti itu bagi memburukkan imejnya hanya kerana beliau mempertahankan dobi muslim di Muar, Johor.

“Khalid dilihat suka mengambil kesempatan terhadap isu yang tercetus demi kepentingan politik beliau. Jika benar saya dilindungi ‘GodFather’ maka saya mencabar pemimpin PAN itu mendedahkan siapa ‘GodFather’ yang dimaksudkan. Ia sesuai dengan kaedah fiqh.

“Jika Khalid gagal berbuat demikian ini bermakna beliau salah seorang pemimpin PAN yang suka berbohong malah gemar memfitnah individu yang berbeza fahaman dengan beliau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAN merupakan parti Islam baharu yang ditubuhkan dengan sokongan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggantikan PAS menarik sokongan umat Islam kepada pakatan pembangkang.

Zamihan turut menyatakan kesediaanya untuk bersemuka dengan Khalid bagi mencari kebenaran dalam isu tersebut sama ada dalam bentuk diskusi, forum mahupun debat kerana sebagai pemimpin tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti.

“Saya mahu Khalid mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kerana kenyataan beliau jelas berniat jahat dan cuba merosakkan imej saya, jika gagal berbuat demikian saya akan meminta peguam saya untuk mangambil tindakan undang-undang terhadap beliau tanpa prejudis,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana