Satu persatu pemimpin Melayu tersungkur ikut telunjuk LKS, DAP

Pada 14 Julai 2015, Lim Kit Siang tanpa segan silu mengedarkan kenyataan bahawa DAP mengalu-alukan orang Melayu dan Islam menyertai parti itu.

Alasannya untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang didakwanya gagal kerana rasuah, ketidakadilan dan salah tadbir.

Bagi tujuan itu, pemimpin veteran pembangkang tersebut, mahu DAP menggandakan usaha menggalakkan orang Melayu dan Islam yang sealiran pemikiran dan cita-cita untuk menyertai parti itu “demi Malaysia yang bersatu, harmoni, inklusif, progresif, adil dan makmur”.

Kini, walaupun bilangan orang Melayu yang menyertai DAP boleh dibilang dengan jari tetapi tanpa disedari beberapa pemimpin Melayu ‘tersungkur’ dan mengikut telunjuk Kit Siang walaupun tidak menyertai parti cauvanis itu.

Lihat sahaja bagaimanapun pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (PAN) dan terbaharu Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad akur kepada Kit Siang.

Dengan sokongan Dr Mahathir yang pernah memusuhinya sebelum ini, keputusan mantan perdana menteri itu sudah tentu menggembirakan Kit Siang setelah DAP gagal membeli jiwa dan roh pemimpin PAS walaupun parti itu pernah berjuang bersama-sama di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ternyata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah tepat menamatkan kerjasama politik dengan DAP setelah menyedari bahawa DAP dilihat semakin berani mencincang Islam dengan pisau tikaman yang halus dan cukup mengelirukan.

Benarkah, Kit Siang atau DAP yang berjanji kononnya mahu menjunjung ajaran Islam mampu berbuat demikian sedangkan dalam masa masa tindak tanduk pemimpin parti itu ke arah bertentangan?

Ini boleh dilihat apabila DAP mula mengawal dan menyekat kenyaringan suara azan, mengelirukan penggunaan kalimah Allah, menolak RUU 355,menyokong mereka yangg menghina hudud dan memporak perandakan PAS sehingga pemimpin keluar parti dan membentuk PAN.

Selain Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng yang kononnya berjanji mahu bertindak seperti Kalifah Umar Abdul Aziz juga tanpa segan-segan menghina umat Islam.

Ini semua berlaku sejak mereka berjaya menawan Melayu di dalam PKR, PAN dan terakhir PPBM.

Dalam masa sama, DAP yang mendukung roh dan semangat PAP Singapura terus memainkan sentimen masyarakat Cina di negara ini supaya membenci pemimpin Melayu khususnya daripada UMNO.

DAP juga memperalatkan PKR, PAN dan PPBM bagi memecahbelahkan UMNO kerana Kit Siang tahu, hanya dengan cara itu Melayu dapat dikalahkan seperti berlaku di Singapura.

Justeru, Kit Siang tidak boleh marah jika ada pihak menyifatkannya sebagai diktator.

Inilah masa untuk orang Melayu sedar apa sebenarnya agenda DAP menyokong PKR, PAN dan PPBM – tidak lain tidak bukan supaya orang Melayu terus berpecah belah.

Dan kepada masyarakat Cina, mereka patut sedar bahawa pemimpin UMNO atau Melayu tidak pernah mengabaikan mereka seperti dimomok-momokkan pemimpin DAP.

Mereka beroleh hak masing-masing sama seperti dinikmati orang Melayu, mereka boleh menguasai ekonomi dan kerjaya, juga yang penting kebebasan beragama seperti Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Sudah tidak masanya orang Melayu dan Cina sedar bahawa jika ada pihak yang mahu melaga-lagakan satu sama lain, mereka seharusnya mengetahui  siapakah sebenarnya yang sedang  baling batu sembunyi tangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana