SALAHUDDIN AYUB ENGGAN MENGAKU HIMPUNAN #KLEPTOKRASI GAGAL

Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub membidas kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, sebagai gagal.

Salahuddin berkata, perhimpunan itu berjaya mengumpulkan masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama.

“Siapa kata program ini gagal. Ramai yang datang jika dibandingkan dengan perhimpunan lain. Kami tidak berarak dan tiada masalah timbul (sepanjang perhimpunan).

“Kita juga berjaya himpunkan semua kaum, agama. Tidak seperti sesetengah perhimpunan yang hanya menghimpunkan satu kaum dan pengikut mereka sahaja,” katanya.

Beliau berkata, himpunan itu juga berjaya menghimpunkan ramai golongan muda yang menyokong perjuangan Pakatan Harapan.

“Cuma, himpunan semalam (kelmarin) tidak mencapai matlamat (kumpulkan 100,000 orang). Mungkin kerana tarikh perhimpunan jatuh pada musim cuti persekolahan dan perayaan Deepavali. Jadi ramai yang bercuti panjang,” katanya.

Pada masa sama, Salahuddin membidas kenyataan mengatakan mereka hipokrit apabila berjanji kepada rakyat. Sebaliknya semua janji itu adalah sebahagian daripada manisfesto pilihan raya.

“Kami tidak pernah kata nak buang separuh penjawat awam. Apa yang Pakatan Harapan hendak lakukan, adalah mengoptimumkan peranan penjawat awam dan menghapuskan pertindihan tanggungjawab.

“Contohnya, apa perlu SPAD bila sudah ada JPJ. Kenapa perlu tubuh Teraju sedangkan sudah ada Mara.

“Apa perlunya 1MDB bila ada Khazanah. Ini yang kita hendak lakukan (kurangkan birokrasi dalam kerajaan),” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana