Razali bidas Rafizi, Hotel Grand Plaza Kensington masih milik FIC

Dakwaan pembangkang mengenai Hotel Grand Plaza Kensington di London bukan lagi dimiliki anak syarikat FELDA Investment Corporation (FIC) adalah tidak berasas.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan, syarikat FIC Hotel London (private) Limited adalah pemilik hotel tersebut dan masih bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan operasi tersebut.

Menurutnya, dakwaan terbaharu Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli menerusi blognya adalah untuk mengelirukan rakyat khususnya kepada para peneroka supaya membenci FELDA.

Timbalan Menteri Di JPM, Datuk Razali Ibrahim bercakap pada sidang media di Putrajaya. Turut hadir Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim

Beliau juga mempersoalkan tindakan Naib Presiden PKR itu yang tidak mendedahkan perkara sebenar mengenai hotel tersebut.

“Kenapa Rafizi tidak bercakap perkara yang betul, atau memang dia sengaja berbuat begitu kerana hendak mengelirukan rakyat dan memburukkan FIC.

“Ini semua adalah sifat pembangkang kononnya FELDA ini sangat teruk, apatah lagi ketika PRU semakin hampir ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Putrajaya, Ahad.

Sidang media khas itu diadakan untuk memperkenalkan Pengerusi FIC Datuk Syed Mohamed Syed Hashim yang baharu dilantik pada 20 Julai lalu.

Turut hadir ialah Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Pada sidang media tersebut, Razali turut menunjukkan sijil pendaftaran syarikat tersebut sekaligus melenyapkan tuduhan liar Rafizi.

“Syarikat yang didakwa Rafizi iaitu FIC London Hotel Pte Limited telah dormant apabila FIC form satu syarikat baru atas faktor sebagai strategi perniagaan dari segi mendapatkan keuntungan cukai di sana.

“Ia memang telah lama dibiarkan dormant dan akhirnya terus ditutup.

“Jadi saya mengesahkan hotel Grand Plaza Kensiston masih dimiliki oleh anak syarikat FIC,” tegasnya.

Jumaat lalu, Rafizi menerusi blognya mendakwa pelaburan FIC terhadap Hotel Grand Plaza Kensiston adalah satu pembaziran dan kegagalan.

Beliau mendakwa hotel tesebut bukan lagi menjadi milik anak syarikat FIC .

Sementara itu, Shahrir menjelaskan FELDA telah mengambil pendekatan yang pro aktif bagi mengembalikan matlamat dan perjalanan FELDA kepada asal.

Katanya, pelbagai proses penstrukturan semula syarikat-syarikat dibawah FELDA sedang dilakukan secara menyeluruh temasuklah rombakan dan perlantikan baharu terhadap semua ahli Lembaga Pengarah FIC.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana