PM tibai pembangkang yang ‘konsisten tidak konsisten’…

Kalangan ahli parlimen pembangkang sendiri rata-rata nampak agak terkedu pada kebanyakan waktu Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat mendengar ia sarat dengan pelbagai pengumuman menarik yang menguntungkan rakyat.

Malah beliau Perdana Menteri pada satu ketika kedengaran secara berjenaka berkata ‘  senyap saja’ menegur pada galeri pembangkang.

Mungkin sudah tidak ada modal ahli parlimen pembangkang mengulangi aksi tahun lalu memekik ‘kleptokrasi’ dan tayang plakad  ‘NO GST’ pada akhir pembentangan dalam usaha untuk perlekeh bajet itu.

Dalam pembentangan itu Perdana Menteri tibai mereka secara berdepan.

Beliau menyifatkan pembangkang sebagai ‘konsisten tidak konsisten’.

"Apa yang kita sering dengar, asyik-asyik U-turn, asyik-asyik U-turn and more u-turn, sehingga segalanya membuat pemikiran rakyat dikeliru, didamak dan diracuni," katanya.

Beliau berkata pembangkang juga berbelah bahagi berhubung program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pinjaman PTPTN dan subsidi minyak apabila adakalanya mereka menyokong dan kadang-kadang bercadang menghapuskannya.

Najib juga menegaskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terbukti menjadi penyelamat kepada ekonomi negara.

Katanya, pelaksanaan GST adalah langkah berani yang diambil kerajaan yang akhirnya terbukti kebenarannya.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, pihak pembangkang sampai hari ini tidak sepakat sama ada menerima GST atau tidak dan kadang kala bercakap mahu memperkenalkan semula sistem SST (Sales and Services Tax).

Beliau mengajak mereka supaya tidak mempolitikan GST lagi.

Katanya, tanpa kutipan GST sebanyak RM41 bilion, tidak dapat dibayangkan bagaimana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.

Najib juga tempelak pembangkang yang sering dakwa konon kerajaan nak jual kedaulatan negara kepada pihak asing dalam usaha menarik pelaburan.

Beliau berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sendiri ke China untuk tarik pelaburan.

Menurutnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga ambil langkah sama.

Najib bertanya apakah mereka juga hendak jual kedaulatan negeri.

Suasana dalam dewan agak gemuruh waktu itu bila kalangan ahli Parlimen BN bersorak kearah galeri pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri  Zahid Hamidi yang ditemui wartawan di luar dewan selepas pembentangan bajet menilai gelagat kalangan ahli parlimen pembangkang membuktikan mereka kecewa dengan pelbagai pengumuman baik untuk rakyat oleh Perdana Menteri.

 “Mereka kecewa dengan bajet yang baik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana