PM Najib Sindir Tun M, Azmin....Poyoooo Jer MUka

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan dirinya dengan keturunan Bugis dalam ketika berucap baru-baru ini.
"Apa yang penting kita ada hati yang besar," ujar Perdana Menteri ketika memulakan ucapan pembentangan Bajet 2018 di Parlimen pada Jumaat.

Najib merujuk kepada bekas perdana menteri itu sewaktu berkata terdapat sesetengah rakyat Kedah yang mudah lupa.

Dr Mahathir, 92, sewaktu perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasy pada 14 Oktober lalu membuat kenyataan bahawa Malaysia dipimpin oleh perdana menteri yang berasal dari keturunan Bugis.

Najib turut membidas pihak pembangkang yang sering menduduhnya mahu menjual negara setiap kali dia ataupun ahli kabinet membuat lawatan rasmi ke luar negara.

Malahan, katanya, beliau mendengar bahawa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali ada berkunjung ke China baru-baru ini.

"Kita nak tanya, YB Gombak mahu menjual Selangor ke?" soal Najib disambut gelak ketawa penonton."Itu belum kira lawatan ke luar negara Ketua Menteri Pulau Pinang. Mereka pun mahu jual negeri ke?" soalnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana