PM HARUS DIPUJI BERJAYA TURUNKAN KADAR DEFISIT FISKAL – PAKAR EKONOMI

Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus mendapat pujian berikutan pembentangan bajetnnya saban tahun menyaksikan penurunan kadar defisit fiskal.

Pakar Ekonomi, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali memberitahu kadar defisit fiskal negara kini berkurangan kepada tiga peratus berbanding 6.7 peratus ketika Najib mengambilalih tampuk pemerintahan negara pada 2009.

“Isu defisit fiskal telah ditangani. Dalam sudut pandang ekonomi, jika defisit fiskal kita tiga peratus, ia sebenarnya sudah tidak menjadi isu.

“Masa Najib ambilalih jadi Perdana Menteri pada 2009, defisit fiskal negara ketika itu 6.7 peratus dan semakin turun-turun hingga 3 peratus. Jadi kita kena ucap tahniah kepada kerajaan,” katanya selepas Najib selesai membentang Bajet 2018 di Parlimen, pada Jumaat.

Noor Azlan yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata sudah pasti Bajet 2018 yang memperuntukkan RM234.25 bilion dan RM46 bilion perbelanjaan pembangunan, dibuat dengan mengambil kira keadaan semasa ekonomi negara.

Justeru beliau menasihati rakyat agar tidak bimbang dan yakin betapa kerajaan memutuskan sesuatu keputusan berdasarkan asas ekonomi yang kukuh.

Bajet kali ini dilihat banyak pihak sebagai inklusif dan lebih banyak menyentuh kepentingan kelompok B40 dan M40 yang sebelum ini kurang mendapat perhatian.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk N. Marimuthu berkata pengumuman Najib semalam bakal meringankan beban rakyat.

“Pengurangan cukai pendapatan dan pelbagai insentif lain dalam Bajet 2018 akan memberi lebih keselesaan kepada rakyat untuk menguruskan kewangan mereka.

“Ini secara langsung akan mengurangkan kos sara hidup mereka. Usaha kerajaan terus membina rumah mampu milik juga amat di alu-alukan,” katanya.

Najib semalam mengumumkan peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan usaha pemilikan rumah untuk rakyat termasuk membina Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat dan program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.

Selain itu beliau juga mengumumkan Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), peruntukan RM6.5 bilion kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah dan peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

3,000 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan dibuka dalam tempoh tiga tahun serta pemansuhan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana