Peneroka Felda dapat balik duit tanam semula

 Golongan peneroka Felda terus mendapat pembelaan kerajaan dalam peruntukan Bajet 2018.

Selepas mengumumkan pemberian 'durian runtuh' antaranya bayaran Insentif Khas Peneroka bernilai RM5,000 sewaktu Hari peneroka 2017 pada Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kerajaan akan mengembalikan wang ses yang sudah dibayar oleh peneroka getah bagi mengusahakan tanaman semula kelapa sawit, dari tahun 2010 hingga 2016.

"Ini akan memanfaatkan 8,925 peneroka Felda dengan peruntukan RM43 juta. Bukan itu sahaja, RM60 juta juga disediakan untuk program tanaman semula sawit.

"Selanjutnya, RM164 juta ringgit diperuntukkan bagi membina 5000 unit Rumah Generasi Kedua Felda, dengan kerjasama SPNB," katanya ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib juga mengumumkan tambahan peruntukan hampir RM200 juta kepada Felda, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan.

"Mustahaknya, kerajaan kini, dulu dan selamanya akan memperjuangkan nasib para peneroka Felda," ujarnya.

Sementara itu bagi membela kebajikan kaum Cina pula, kerajaan turut menyediakan RM50 juta untuk pinjaman (Perusahaan Kecil Sederhana) PKS melalui KOJADI.

"Sebagai tambahan, RM30 juta juga disalurkan kepada Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.

"Sementara itu, kepada pembangunan Kampung-kampung Baru Cina,sebanyak 65 juta ringgit diperuntukkan, dan 10 juta ringgit lagi untuk program membaik pulih rumah," ujar Najib.

Kebajikan kaum India turut tidak terkecuali apabila kerajaan mengumumkan peruntuk RM50 juta untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India, memanfaatkan lebih 35 ribu usahawan, melalui TEKUN.

"Sebagai tambahan, RM 50 juta lagi diperuntukkan untuk program pembangunan sosio ekonomi masyarakat India.

"Sukacita saya maklumkan bahawa PNB (permodalan Nasional Berhad) akan membuat pengagihan khas sejumlah 1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30 ribu unit setiap pelabur.

"Bagi menyokong inisiatif ini juga, dana sebanyak RM 500 juta diperuntukkan untuk tempoh lima tahun bagi satu skim pinjaman pelaburan khas yang akan ditawarkan kepada 100 ribu isi rumah daripada golongan B40 masyarakat India, terhad kepada lima ribu unit setiap peserta,"ujarnya.

Bagi masyarakat Orang Asli, sebanyak RM50 juta disediakan, meliputi program bantuan makanan komuniti, memanfaatkan hampir 5000 pelajar Orang Asli.

"Selain itu, sebagai insentif kepada anak Orang Asli yang berjaya, kerajaan juga akan memberi bantuan sebanyak RM3,000 ribu kepada ibu bapa, sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.

"Selanjutnya, Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli juga diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM60 juta," kata Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana