Penduduk Tanjung Bungah mahu Kerajaan DAP bertanggungjawab

Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng diminta bertanggungjawab dan tidak menutup mata berhubung pembangunan di lereng bukit di kawasan itu yang sememangnya dibantah oleh penduduk negeri itu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah R.Meenakshi berkata baru minggu lepas pihaknya membangkitkan isu itu dan meminta kerajaan negeri menghentikan pembangunan di lereng bukit kerana dikhuatiri akan menyebabkan kejadian tanah runtuh.

"Semua projek ini tidak boleh dibenarkan di kawasan ini. Kami bantah projek-projek pembangunan dj lereng-lereng bukit tapi kerajaan negeri tak pernah dengar suara kami.

"Sebaliknya kami dianggap sebagai tidak rasional dan tidak berfikir secara waras," katanya dipetik agensi berita Bernama.

Dalam kejadian yang dilapor pada pukul 8.57 pagi ini, 14 pekerja binaan tertimbus dalam runtuhan tanah lereng bukit berhampiran projek pembinaan satu blok rumah mampu milik 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah.

Sehingga 4 petang tadi, tiga mayat berjaya dikeluarkan, dua daripadanya rakyat Bangladesh manakala seorang lagi dipercayai daripada ethnik Rohingya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa runtuhan giat dijalankan dan polis percaya mereka tertimbus sehingga kedalaman 10 meter.

Meenakshi berkata, pembangunan di lereng bukit walaupun dipanggil projek khas tidak seharusnya dibenarkan kerana ia memberi kesan buruk termasuk banjir kilat seperti yang berlaku pada 15 Sept lepas.

"Kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi. Pembangunan di lereng bukit harus dihentikan. Bila lagi kita nak ambil berat dengan pembangunan di lereng bukit yang semakin bertambah. Kejadian hari ini harus menjadi contoh untuk elakkan projek lain di lereng-lereng bukit," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu lagi mendengar pelbagai alasan dari kerajaan negeri dan meminta satu siasatan diraja ditubuhkan bagi mengkaji punca kejadian kerana ia membabitkan soal nyawa.

Sementara itu bekas Anggota Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang Dr. Lim Mah Hui berkata, semua projek termasuk projek khas di lereng-lereng bukit perlu dihentikan segera memandangkan kebanyakan projek yang dijalankan melanggar struktur pelan pembangunan.

"Jangan menggunakan nama projek khas hanya untuk membolehkan kerajaan negeri memberi kelulusan, sepatutnya selaraskan semuanya tak perlu guna projek khas.

"Projek-projek di lereng bukit jelas sangat merbahaya dan perlu dihentikan serta merta," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana