PEMBANGKANG GEMAR BERBOHONG & PUTAR BELIT BERITA BAIK : ERIC SEE-TO

Eric See-To, Facebook Eric See-To, 16 Oktober 2017

Baru-baru ini, ahli propaganda Pakatan telah merujuk kepada laporan Bank Dunia yang meramalkan kadar pertumbuhan KDNK Malaysia akan menurun dengan sedikit pada tahun 2018 dan 2019 dari 5.2% kepada 5% dan kepada 4.8%.

Seorang penulis dengan nama “Athena Athena” menulis satu catatan yang mengejutkan kepada The Malaysian Insight dengan tajuk “World Bank Report is bad news for BN” dan mengatakan bahawa ini adalah petunjuk bahawa Malaysia sedang dalam kesulitan – meskipun laporan Bank Dunia jelas memuji dasar dan prospek Malaysia sambil menyatakan risiko itu adalah disebabkan oleh ekonomi global.

Ini juga walaupun hakikat bahawa kadar pertumbuhan pada 4.8% bagi negara dengan saiz seperti kita dianggap sangat baik.

Ahli propaganda Pakatan seperti blogger Mahathir “OutSyed The Box” menulis:
Saya tidak pasti di mana beliau belajar tentang ekonomi tetapi kemelesetan secara teknikalnya ditakrifkan sebagai dua suku berturut-turut penguncupan atau pertumbuhan yang NEGATIF (di bawah sifar) – bukan 3 suku tempoh pertumbuhan yang lambat.

Ini adalah jenis propaganda yang mengelirukan dan jelas adalah propaganda kebiasaan Pakatan yang digunakan untuk menipu dan mengelirukan orang awam – yang mempunyai kesan mensabotaj ekonomi kita dengan menghakis keyakinan pengguna.

Ahli propaganda Pakatan bagaimanapun tidak menyebutkan bahawa dalam ramalan asal Bank Dunia untuk Malaysia untuk bulan Disember 2016, mereka meramalkan kadar Malaysia meningkat daripada 4.3% pada 2017 kepada 4.6% pada 2018 dan 2019.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan KDNK yang sangat baik setakat ini pada 2017, Bank Dunia menaikkan ramalan mereka untuk Malaysia sebanyak dua kali.

Dalam ramalan terkini Bank Dunia pada Oktober 2017, mereka kini menjangkakan Malaysia akan berkembang 5.2% pada 2017, 5% pada 2018 dan 4.8% pada 2019 – semuanya lebih tinggi daripada laporan Disember 2016 yang asal.

Ini juga bermakna ramalan itu kini menunjukkan pertumbuhan Malaysia menurun sedikit tetapi pada kadar yang lebih tinggi berbanding ramalan asal dan bukannya pertumbuhan Malaysia meningkat sedikit dari 2017 hingga 2019 (walaupun pada tahap yang lebih rendah).

Inilah sebabnya mengapa saya percaya pembangkang adalah orang yang tidak bertanggungjawab yang akan memutar belit berita baik untuk menjadikannya berita buruk untuk tujuan mensabotaj ekonomi kita dan berbohong kepada orang ramai untuk undi mereka – semuanya hanya kerana mereka mahu meraih kuasa.

Apabila fakta membuktikannya, pihak pembangkang kemudian akan melakukan serangan peribadi terhadap mereka yang membetulkan pembangkang dengan berfikir bahawa dengan memarahi orang lain, mereka boleh mengalihkan perhatian dan menyembunyikan hakikat bahawa mereka berbohong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana