PAN SERANG DUN, PPBM GEMPUR PARLIMEN DALAM USAHA RAMPAS KELANTAN DARI PAS....JANGAN MIMPILAH

Amanah dijangka bertanding di 32 kerusi daripada 45 kerusi DUN di kelantan, dalam usaha merampas negeri itu daripada PAS.

Portal Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan, Amanah diberi kepercayaan untuk menggempur kerusi DUN khususnya melibatkan kawasan yang dimenangi PAS sebelum ini dengan majoriti kecil atau di kawasan di mana parti Islam itu tewas dengan majoriti tipis.

Antara kawasan kritikal dan berpotensi PAS tersebut seperti DUN Jelawat, Wakaf Bharu, Air Lanas, Selising dan Semerak, dengan harapan pertembungan tiga penjuru dengan BN akan berpihak kepada calon mereka.

Sementara itu PKR pula diperuntukkan enam kerusi DUN berbanding empat kerusi yang ditandingi mereka sebelum ini iaitu Pengkalan Kubor, Kuala Balah, Guchil dan Nenggiri.

Sungguhpun masih baru dalam PH, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diberi peruntukan lima kerusi DUN, manakala DAP pula bakal bertanding di dua kerusi DUN iaitu Kota Lama dan Galas, dua kerusi sebagaimana yang disebut-sebut sebelum ini.

Bagaimanapun portal itu melaporkan, peruntukan dua kerusi untuk DAP itu setakat ini masih 50-50.

Bagi kerusi Parlimen pula menyaksikan PPBM diberi tugas penting apabila dikatakan bakal bertanding di lapan daripada 14 kerusi parlimen di negeri itu.

Ia sebagai usaha menambahkan bilangan anggota Dewan Rakyat gabungan utama pembangkang itu.

PPBM Kelantan dijangka bertanding di parlimen luar bandar antaranya seperti Gua Musang, Jeli, Pasir Puteh, Rantau Panjang, dan Tumpat.

Amanah dan PKR pula akan dibekalkan dengan masing-masing tiga kerusi.

Amanah bakal bersaing di parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Bachok, manakala PKR mungkin bertanding di kawasan lama mereka, iaitu Ketereh, Machang dan Pengkalan Chepa.

Dengan PAS dijangka bertanding di semua kerusi DUN dan parlimen negeri itu memandangkan mereka tidak lagi mempunyai kerjasama dengan PKR, persaingan sengit sememangnya sesuatu yang dijangkakan tambahan pula parti berkecuali, Parti Sosialis Malaysia dijangka turut meletakkan calon mereka di beberapa kerusi.

DUN Kelantan pada ketika ini dikuasai PAS dengan 31 kerusi, manakala BN pula memegang 13 kerusi dan Amanah dengan satu kerusi menerusi ADUN Salor, Datuk Husam Musa.

Kerusi Parlimen pula menyaksikan PAS menguasai sembilan kerusi manakala BN pula memiliki lima kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana