PAN BAKAL “TAWAN” NEGERI KEDAH BERMULA....JANGAN MIMPILAH PAN WEIIII

Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Parti Amanah Negara (PAN) cuba melebarkan pengaruhnya di negeri Kedah dengan menganjurkan Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara di sini, hari ini.

Bertempat di Hotel Royale Signature, konvensyen yang julung-julung kali diadakan itu bakal bermula pada Jumaat, 20 Oktober ini (hari ini) sehingga Ahad, 22 Oktober.

Difahamkan bahawa pihak penganjur juga bakal mengadakan Kenduri Rakyat bermula jam 6 petang hingga 9 malam sebelum berlangsungnya Ceramah Mega yang diadakan bersempena Rapat Umum Pakatan Harapan Kedah, esok.

Antara yang dijangka hadir menyampaikan ceramah politik berkenaan adalah Presiden PAN, Mohamad Sabu, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, turut dijangka menyampaikan ucapan adalah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan kepimpinan PAN.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah bakal hadir ke program berkenaan atau tidak.

Mukhriz sebelum ini dalam satu kenyataannya mendabik dada menegaskan bahawa Pakatan Harapan tidak memerlukan PAS untuk meraih kemenangan pada PRU ke-14 nanti.

“Saya tak berapa bimbang soal itu kerana kita pun telah buat keputusan bahawa pilihan raya akan datang ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di kesemua ataupun di kebanyakan kerusi.

“Maksudnya, kita tak harapkan sokongan daripada PAS,” katanya.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar akan hadir ke konvensyen anjuran PAN itu atau tidak.

Mahfuz sebelum ini meskipun masih merupakan ahli PAS, namun mengaku secara terbuka menyokong Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PAN, PPBM dan PKR. – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana