PADAH AKIBAT MENDEDAHKAN 4 AKAUN BERKAITAN NFC & DATUK SERI MOHAMAD SALLEH ISMAIL

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank Johari Mohamad untuk membela diri mereka susulan pertuduhan yang mereka hadapi mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar berkata selepas penilaian maksimum, beliau berpuas hati bahawa pihak pendakwa berjaya membuktikan kesnya dengan memenuhi semua elemen.

"Pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh dan mereka diarah untuk membela diri," katanya.

Zamri memaklumkan bahawa kes berlaku pada 2012 dan mahu perbicaraan diteruskan segera.

Johari bersama-sama dengan Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa pada tahun 2012 mengikut Seksyen 97 Bafia.

Pendakwaan dilakukan berikutan pendedahan empat akaun dikaitkan dengan NFC dan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Kedua-dua mereka yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana