MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI...JANJI PUAS HATINYA

Agenda bangsa Melayu dan bumiputera bertujuan menjaga kepentingan Islam dan kaum pribumi di negara ini.

Hari ini,atas kerana survival politik, kelompok-kelompok Melayu ini saling menghina dan mencerca untuk mendapat atau mempertahankan kuasa.

Bolehkah menang pilihan raya dalam politik sebegini?

Dalam peradaban Melayu kita dididik “Jangan menang sorak, kampung tergadai”. Namun itulah yang sedang dilakukan oleh segelintir pemimpin Melayu hari ini.

Kampung tergadai dalam konteks ini bukan kalah menang mana-mana parti, tapi lebih kepada kalahnya agenda bumiputera dan Islam.

Sedikit demi sedikit sempadan kekuatan dan keutuhan pribumi dihakis dan terhakis.

Sebahagian besar Tun Mahathir harus bertanggungjawab kerana beliau mementingkan agenda peribadi berbanding agenda bangsa dan agama.

Ucapan beliau menyuruh Najib pulang ke kawasan Bugis memberi ruang kepada para penentang sejarah kepulauan Melayu atau “malay archipelago” terus menghasut dan mempertikai kedudukan bumiputera di negara ini.

Cukup-cukuplah berpolitik macam-macam budak-budak gila gula-gula.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana