Mat Sabu akui DAP mangsa ‘punchbag’ PAS, BN

Selain ucapannya didakwa mengelirukan rakyat, nama parti DAP turut terpacul di mulut Presiden PAN, Mohamad Sabu ketika berucap dalam Konvensyen PAN di Alor Setar, hari ini.

Ucapan yang sepatutnya sarat dengan hala tuju dan dasar parti, namum dipenuhi dengan kecaman terhadap dasar-dasar kerajaan pusat serta mempertahankan sekutu utama parti itu iaitu DAP.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan DAP dengan mendakwa UMNO dan BN serta PAS sengaja menjadikan parti serpihan PAP itu sebagai modal politik untuk melemahkan Pakatan Harapan.

“Mereka menjadikan DAP sebagai ‘punchbag’. Kesian pada DAP, mereka ini menjadikan DAP dalam meneruskan politik perkauman di Malaysia ini,” kata Mat Sabu dalam ucapannya.

Konvensyen PAN yang diadakan di Alor Setar, Kedah, berlangsung hari ini dan akan berakhir esok.

Sejumlah 765 perwakilan parti daripada 153 kawasan seluruh negara menyertai konvensyen itu.

Antara tetamu utama yang hadir ialah Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pada masa sama, Mat Sabu turut menjadikan menyindir PAS apabila mendakwa parti Islam itu mengamalkan sistem politik secara sempit.

“Kita nak berlawan, bersaing bukan dengan cara menekan dan menundukkan orang lain,” sindir Mat Sabu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana