Masyarakat Bugis di Indonesia desak Tun Dr Mahathir mohon maaf

Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) di Jakarta Jumaat mendesak bekas Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meminta maaf secara terbuka ekoran kenyataan yang menghina keturunan Bugis dalam satu perhimpunan pembangkang di Selangor baru-baru ini.

PPBMI membuat desakan itu menerusi satu memorandum bantahan yang diserahkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di sini lewat petang tadi.

Ketua Umum PPBMI Arwin Welhalmina dalam kenyataannya berkata, Dr Mahathir telah merendahkan taraf dirinya sendiri sebagai bekas perdana menteri apabila mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap sesuatu keturunan.

Beliau berkata, keturunan Bugis adalah satu bangsa yang diasporanya berjaya di seluruh dunia dan Dr Mahathir harus sedar bahawa Bugis adalah etnik yang memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan dan kesultanan Melayu.

Katanya, walaupun tujuan Dr Mahathir mengaitkan keturunan Bugis kerana mahu menyinggung perasaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi penghinaan yang dibuat itu menyinggung perasaan keturunan Bugis di seluruh dunia terutamanya di Indonesia.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang pada 14 Okt lepas telah mengaitkan keturunan Najib dengan menyebut sebagai keturunan "lanun Bugis".

Arwin berkata, pihaknya mendesak Dr Mahathir memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu atau pihaknya akan membuat demonstrasi besar-besaran di hadapan kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai menzahirkan bantahan mereka.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Bernama, Dr Mahathir harus membuat permohonan maaf segera atas keterlanjurannya itu kerana ia membawa masalah kepada rakyat Malaysia di Indonesia.

"Sebagai seorang negarawan, Dr Mahathir tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata seumpama itu dan kini beliau meletakkan pihak kedutaan dan rakyat Malaysia dalam bahaya kerana kata-katanya telah menimbulkan kemarahan rakyat tempatan berketurunan Bugis,"katanya.

Beliau berkata, Dr Mahathir harus bertindak bijak untuk menjaga hubungan dengan negara jiran dan tidak bercakap susuka hati yang boleh mengeruhkan hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua buah negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana