Mahathir Tidak Akan Mampu Saingi Ku Li Dan Anwar Ibrahim

Sejarah penghijrahan keluar seseorang pemimpin parti politik di negara ini sudah lama berlaku. Bermula dengan keluarnya pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar setelah ideanya untuk membuka keahlian UMNO kepada kaum lain ditolak, banyak lagi pemimpin utama dari UMNO telah bertindak meninggalkan parti dengan pelbagai alasan yang tersendiri.

Menariknya, setiap pemimpin UMNO yang meninggalkan parti, pasti akan dituruti oleh para pengikut setianya. Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah yang meninggalkan UMNO dan seterusnya menubuhkan parti Semangat 46 bersama-sama ribuan pengikutnya.

Begitu juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sewaktu dia dipecat dari UMNO pada tahun 1998, Kuala Lumpur yang pada ketika itu pusat pentadbiran negara hampir lumpuh akibat pemberontakan para penyokongnya. Malah, penubuhan parti ADIL (PKR hari ini) juga disertai oleh ribuan ahli UMNO yang simpati terhadap nasibnya.

Namun, lain pula halnya dengan bekas Presiden UMNO dan Pengerusi PPBM hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semasa kali pertama dia meninggalkan UMNO pada 2005, hanya sebilangan kecil sahaja yang mengikuti jejak langkahnya. Malah, pada ketika itu, tiada sebarang himpunan diadakan ataupun kedudukan UMNO lumpuh tanpa kelibatnya di dalam UMNO.

Perkara yang sama turut berlaku pada 2016 apabila Mahathir buat kali kedua meninggalkan UMNO. Mungkin ada yang beranggapan, tindakan Mahathir kali ini ada menampakkan kegoyahan UMNO apatah lagi, beberapa bulan kemudian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan bagi menjadi platform buat Mahathir dan bekas pemimpin-pemimpin buangan UMNO bertapak.

Riuh rendah kedengaran bahawa UMNO bakal terkubur setelah Mahathir meninggalkan UMNO. Mungkin benar, kebanyakan ahli UMNO berbelah bahagi dalam isu ini tambahan pula, fitnah dan pelbagai andaian begitu mudah tersebar. Pada ketika itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib begitu hebat diasak oleh ahlinya sendiri sehinggalah kebenaran sedikit demi sedikit tersingkap.

Di dalam PPBM pula, mungkin ada diantaranya adalah ahli UMNO yang meninggalkan parti namun mereka ini walaupun dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin tertinggi UMNO, namun, parti masih kekal bertahan dan dapat diperbaiki sepenuhnya. Malah, keahlian PPBM sendiri terdiri daripada mereka yang kecewa dengan PKR dan PAS dan mereka yang terlalu taksubkan Mahathir.

Melihat kepada rentetan ketiga-tiga pemimpin yang meninggalkan UMNO ini, Mahathir nyata sama sekali tidak akan mampu menyaingi populariti dan kehebatan Ku Li dan juga Anwar. Kedua-dua pemimpin ini meninggalkan UMNO bersama-sama puluhan ribu penyokong mereka sehinggakan mampu menubuhkan parti politik mereka sendiri.

Bagi Mahathir pula, walaupun mengetuai PPBM hari ini, dia sama sekali tidak mampu menggugat kekuatan UMNO samada dari dalam mahupun luar. Partinya terpaksa mengemis dan mencari ahli baru sedangkan jika diukur kepada ketaksuban penyokongnya yang mungkin masih bersisa di dalam UMNO, dia dengan begitu mudah menggegar dan menggoyahkan UMNO. Namun semua itu tidak menjadi kenyataan sehingga hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana