MAHATHIR BUKAN SAJA HINA PM, MALAH BURUKKAN SELURUH KETURUNAN BUGIS...HODOH PERANGAI MADEY NI

‘Bapa Kleptokrasi’ sebenar, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin melampau! Semasa memberi ucapan di pentas Himpunan Anti Kleptokrasi sabtu lalu, Pengerusi Pakatan Harapan itu bertindak ‘menghalau’ Perdana Menteri supaya pulang ke Sulawesi, tempat asal kelahiran keturunan Bugis.

Antara kenyatannya itu berbunyi:
Perkara ini bukan sahaja membuat hati para penyokong Datuk Seri Mohd Najib Razak terguris, malah turut membuatkan seluruh keturunan Bugis telah dihina dan PAS juga menganggap ia suatu yang melampau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili mahu Dr Mahathir ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya itu yang dilakukan di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya.

Katanya, ucapan bekas perdana menteri itu jelas bukan sahaja menghina Perdana Menteri, tetapi adalah melampau dan kurang ajar.

“Saya menyeru pihak berkuasa untuk menahan Tun M (Dr Mahathir) di bawah Akta Hasutan!

“Lebih menjengkelkan hadirin di himpunan tersebut turut bersorak dan seolah-olah bersetuju dengan sikap rasis yang ditunjukkan Tun M,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan di Harakahdaily.

Sebagai seorang yang pernah dianggap Negarawan, kenyataan yang di buat oleh Dr Mahathir ini ternyata tidak menggambarkan dirinya yang pernah disanjung tinggi kerana jasa-jasa lampau.

Mungkin benarlah seperti analisis para pemerhati politik sebelum ini yang mengatakan bahawa himpunan Anti Kleptokrasi ini adalah ukuran terakhir sokongan kepada Dr Mahathir dan Pakatan Harapan menjelang PRU14 akan datang. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana