MADEY KENA HENTAM!!!!! NIK ABDUH GELAR MAHATHIR ‘OTAK SENGET’

Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya menghina masyarakat Bugis dalam kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Anti-Kleptokrasi minggu lalu.

Beliau berkata, gelaran menghina seperti ‘lanun’ terhadap Bugis berasal daripada penjajah, dan hanya diteruskan oleh orang yang “berotak senget”.

“Penjajah dulu memang sakit hati dengan Bugis kerana kepahlawanan mereka menentang penjajah. Penjajah lalu melabel Bugis sebagai lanun.

“Bila sebut Bugis, saya ingat ‘pahlawan’. Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai pahlawan. Adapun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahathir dalam ucapan penutupnya Sabtu lalu dipetik menggesa Najib agar pulang ke Sulawesi, tempat asal masyarakat Bugis.Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”

Najib yang berkuturunan Bugis sering dilihat bangga dengan salasilahnya itu, dan pernah memetik pepatah masyarakat itu dalam ucapannya.Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas berkata lagi, beliau tidak hairan dengan kenyataan Mahathir itu sebagai pemimpin parti berasaskan kaum.

“Parti yang berasaskan bangsa, memang akan tersembur lidah mereka dengan kata-kata rasis,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana