KETUA PARTI BUNGA KUALA KANGSAR KELUAR PARTI

Kenyataan Media

19 Oktober 2017

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan dengan hasrat untuk memperjuangkan persekitaran dan suasana politik yang lebih baik untuk orang Melayu-Pribumi dan umat Islam di negara tanpa memperemehkan kaum-kaum dan penganut-penganut agama lain di negara ini. Hasrat utama penubuhan PPBM adalah untuk menghapuskan pelbagai salahguna kuasa dan penyelewengan yang akan membebankan rakyat serta generasi akan datang.

Tetapi itu semua tidak dapat direalisasikan di mana mana peringkat sekali pun setakat ini.

Di Perak , khususnya Kuala Kangsar terlalu banyak campur tangan urusan di peringkat bahagian oleh wakil pengerusi negeri yang akhir nya menyebabkan perbalahan serta pecah belah yang menyebab kan kerosakkan parti serta kesukaran menjalankan gerak kerja serta matlamat parti.

Saya seolah olah tidak dipercayai dan tidak diiktiraf sebagai ketua bahagian Kuala Kangsar sehingga wujud dua team kepimpinan bahagian.

Saya amat kecewa, pilihanraya hampir tiba, tetapi tidak nampak gerak kerja yang boleh menjamin kemenangan melain perbalahan di peringkat bahagian yang langsung tidak mendapat perhatian dari pemimpin negeri mahupun pusat.

Tidak wujud suasana kerjasama yang baik dikalangan pemimpin pemimpin setiap bahagian terutamanya dari pemimpin pakatan Harapan juga merupakan faktor saya menarik diri kerana tanpa kerjasama yang baik saya tidak yakin Pakatan Harapan akan menempa kejayaan di Negeri Perak.

Saya telah nampak bibit bibit perpecahan yang lebih besar menjelang pilihanraya nanti terutamanya berkenaan pembahagian kerusi dan penentuan calon.

Atas dasar itu, setelah berfikir panjang dengan mengambil kira semua faktor... Saya dengan ini mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan serta keluar parti kerana sudah hilang keyakinan kepada perjuangan parti PPBM.

Sekian Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana