KENYATAAN DOLAK-DALIK… AKHIRNYA KERAJAAN DAP P. PINANG TERBUKTI BELUM BINA RUMAH MAMPU MILIK

Akhirnya Exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo akui rumah mampu milik Kerajaan Pulau Pinang belum ada yang siap maka sekaligus kenyataan ini membuktikan Dap selama ini telah mengelirukan rakyat dengan memberikan fakta tidak benar, ujar Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar.
Jelas beliau, sebelum ini kerajaan negeri sering berdolak-dalik apabila diajukan persoalan berkaitan pembinaan rumah mampu milik.
Jika mengikut rekod, kenyataan Jagdeep juga sering berubah-ubah. Pada 6 Feb lalu, Jagdeep mengeluarkan kenyataan Kerajaan Negeri pimpinan Dap sudah membina rumah mampu milik empat kali lebih banyak berbanding Barisan Nasional (BN), kemudiannya pada 18 Mei, kenyataannya berubah menuduh BN punca kekurangan rumah mampu milik di negeri itu.
Lantas pada 24 Mei sekali lagi kenyataannya berlainan nada apabila mengatakan rumah mampu milik Dap yang pertama bakal siap pada 2018 dan terbaru pada 3 Oktober lalu, Jagdeep dengan bangganya mengatakan rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan Dap akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
“Sebenarnya jika bercakap berkaitan rumah mampu milik ini terlalu banyak perkara yang boleh dipersoalkan kerana kerajaan negeri sentiasa memberi kenyataan yang tidak senada.
“Sekarang Jagdeep menyatakan rumah mampu milik kerajaan negeri yang pertama bakal siap hujung tahun ini, jadi bagaimana dengan kenyataan yang dikeluarkannya pada 14 Mac 2016 iaitu, ‘dalam tempoh 2008 hingga 2015, sebanyak 8,092 unit rumah mampu milik berharga RM42,000 (dahulu dikenali kos rendah) dan sebanyak 8,107 unit rumah mampu milik berharga RM72,500 (dahulu dikenali kos sederhana rendah) dibina di Pulau Pinang.
“Kemudian dia mengatakan pula jumlah rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah yang telah disiapkan sehingga kini adalah 15,889 unit sedangkan tahun lepas berjumlah 16,199 unit. Sebenarnya rumah mampu milik kerajaan negeri ini sudah dibina, sedang dibina atau belum dibina?” tempelak Azizi.
Bidas beliau, sebenarnya kesemua rumah-rumah mampu milik yang ditawarkan di pasaran sejak 2009 adalah yang dibina oleh pemaju-pemaju swasta sahaja dan termasuk juga rumah-rumah yang dibina oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.
“Kerajaan negeri bagi saya hanya mahu bermain sandiwara mengelirukan rakyat. Mereka seharusnya menjadi sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab dengan mengakui kegagalan mereka membina rumah mampu milik.
“Isu rumah mampu milik ini adalah satu isu yang sangat besar dan tidak seharusnya dijadikan bahan untuk berpolitik ataupun dijadikan gula-gula menjelang pilihan raya,” jelasnya lagi.
Terang Azizi seterusnya, setakat hari ini belum ada satu pun rumah mampu milik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah siap dibina dan diserahkan kepada pembeli untuk dihuni. Semua projek-projek perumahan mampu milik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah dalam peringkat pembinaan atau pun masih tersangkut pada peringkat perancangan awal saja. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana