“KAMI BANGSA BUGIS BUKAN LANUN”...MADEY TUA TUA TU TUNJUKKAN BAHASA SOPAN SKIT

Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia mendesak bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar menarik balik kenyataan yang merujuk suku kaum Bugis sebagai lanun.

Mereka turut meminta agar Dr. Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada suku kaum Bugis di negara ini berikutan kenyataan yang berbaur perkauman itu.

“Kami rasakan kenyataan Tun Mahathir amat menghina suku kaum Bugis di mana beliau menyatakan orang Bugis harus kembali ke Sulawesi.

“Sebenarnya sebagai seorang pemimpin yang memimpin negara selama 22 tahun, beliau tidak seharusnya berkata demikian,” kata Timbalan Presidennya, Tasman Matto.

Bertindak demikian, satu demonstrasi aman diadakan di perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) bagi mendesak Dr Mahathir menarik balik kenyataan beliau.

Lebih 100 orang daripada suku kaum Bugis dari seluruh negara berkumpul sejak jam 8.30 pagi di yayasan itu bagi menyatakan pendirian mereka mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Malah teriakan “Bugis bukan lanun” turut didengari daripada peserta demonstrasi aman di hadapan yayasan tersebut.

“Kenyataan Tun Mahathir adalah berbaur perkauman, amat tidak baik untuk kestabilan negara dan sosial, politik dan ekonomi.

“Kalau beliau tidak tarik balik kenyataan kita akan teruskan demonstrasi aman seperti ini, kita minta beliau tarik balik kenyataan itu supaya tidak berlaku insiden yang tidak dingini berlaku,” katanya.

Pada Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ Sabtu lalu, Dr. Mahathir berkata “Mungkin kerana dia berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis”.

Mahathir berkata demikian di hadapan lebih 8,000 peserta himpunan berkenaan yang merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran itu, beberapa laporan polis dibuat oleh persatuan dan individu perseorangan daripada suku kaum Bugis antaranya Persatuan Bugis Johor.

Dalam pada itu, Tasman berkata, pihaknya akan berusaha untuk bersemuka dengan Dr. Mahathir dalam masa terdekat bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap beliau dalam masa terdekat.

“Oleh kerana pintu kunci, maka kita akan serahkan memorandum terus kepada beliau pada masa akan datang. Mungkin akan ada lagi demonstrasi aman seperti ini sehingga kita bertemu secara bersemuka dengan Tun Mahathir,” katanya.

Demonstrasi aman berkenaan bagaimanapun berakhir 30 minit kemudian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana