Jusuf Kalla rasa terhina masyarakat Bugis dilabel Tun M sebagai lanun - TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan rakan sejawatnya dari Indonesia, Jusuf Kalla tersinggung dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamd berkenaan masyarakat Bugis.

“Sebagai naib presiden Indonesia yang berketurunan Bugis beliau sangat-sangat tersinggung dengan ungkapan yang seolah-olah telah menghina keturunan Bugis walau di mana mereka berada sama ada di Malaysia atau di Sulawesi (Indonesia),” katanya kepada media Malaysia di Istanbul hari ini.

Ahmad Zahid memaklumkan perasaan kecewa itu dinyatakan Jusuf secara peribadi ketika kedua-dua mereka bertemu dalam perbincangan tidak rasmi pada Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang berakhir semalam.

Respon itu diberikan terhadap ucapan Dr Mahathir di himpunan pembangkang, minggu lalu, yang menyebut masyarakat Bugis sebagai lanun.

Ahmad Zahid menyifatkan istilah lanun itu tidak wajar kerana sejarah membuktikan keturunan Bugis adalah sebahagian daripada pahlawan Melayu yang memelihara keamanan di Nusantara suatu ketika dahulu.

Katanya lagi istilah berkenaan juga sengaja diwujudkan oleh para penjajah bagi merendah-rendahkan sumbangan dan peranan pahlawan Melayu ketika itu kerana bertindak memerangi kehadiran penjajah.

“Jadi jika ada sesiapa yang mengatakan Bugis itu lanun, ia adalah sama dengan apa yang telah dilontarkan oleh penjajah serta tidak banyak berbeza dengan pandangan salah dahulu,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata sehingga ini pihak berkuasa telah menerima banyak laporan polis daripada individu dan persatuan yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan berkaitan isu itu.

“Polis akan meneliti semua laporan polis yang dibuat oleh mereka,” katanya.

Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini menuntut Dr Mahathir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka apabila mengaitkan Bugis sebagai lanun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana