JASAD PENDAKI MALAYSIA DITEMUI SELEPAS SETAHUN HILANG DI GUNUNG DAMAVAND

Jasad seorang pendaki rakyat Malaysia ditemukan selepas dilapor hilang semasa mendaki gunung Damavand di utara Iran pada November lalu, menurut agensi berita IRNA.

Mayatnya ditemukan sekumpulan pendaki pada Jumaat semasa menuruni gunung itu.

Mereka melaporkan penemuan mayat itu kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol di wilayah utara Mazandaran yang segera menghantar pasukan menyelamat.
Ekoran masa yang singkat dan keadaan yang gelap, pasukan menyelamat gagal meneruskan misi mereka pada Jumaat dan menyambung kerja menyelamat pada Sabtu.

Mereka akhirnya menemukan mayat dan membawa mayat turun daripada ketinggian 4,300-meter, kata IRNA.

Mayat akan diserahkan kepada pegawai kedutaan Malaysia di Tehran hari ini.

Seramai 12 pendaki Malaysia mendaki gunung tertinggi di Iran itu pada November lalu, namun 10 orang daripada mereka mengambil keputusan untuk turun semula ketika berada pada ketinggian 5,200 meter susulan cuaca buruk dan salji tebal.

Namun dua lagi pendaki mahu meneruskan pendakian sebelum kedua-duanya dilaporkan hilang.

Mayat seorang daripada mereka ditemukan lima hari kemudian dan pencarian pendaki seterusnya terpaksa dihentikan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana