Jangan pandang ringan tindakan Dr Mahathir hina etnik Bugis - Penganalisis

SHAH ALAM: Walaupun belum menguasai Putrajaya, tetapi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berani mengguris hati masyarakat minoriti, Bugis semata-mata demi kepentingan politik peribadinya, demikian menurut seorang penganalisis politik.

Edwin Michael Muniandy menegaskan kenyataan mengguris hati yang dikeluarkan mantan perdana menteri selama 22 tahun itu ketika berucap di himpunan Anti-Kleptokrasi Sabtu lalu, dikatakan sebagai satu 'signal' yang harus dipandang serius semua pihak.

"Perkara-perkara ini walaupun nampak begitu remeh tetapi kita perlu fikir secara mendalam. Belum mengambil alih Putrajaya sudah bertindak sedemikian dengan menghina kelompok minoriti ini. Apa akan berlaku sekiranya mereka mengambil alih. Ini kita baru bercakap tentang Bugis. Kita belum bercakap lagi kelompok lain.

"Ini menunjukkan satu signal kuat bagaimana pemimpin tertinggi pembangkang melihat kumpulan minoriti. Bagaimana mereka memandang begitu rendah sekali. Begitu mudah sekali memperkotak katikkan segala pencapaian, segala keindahan dan apa yang dikatakan sebagai keagungan budaya bangsa masyarakat Bugis ini," katanya kepada Antarapos.

Semalam seramai 200 orang berketurunan Bugis berhimpun di perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana menuntut Dr Mahathir memohon maaf ekoran didakwa menghina bangsa mereka.

Pada himpunan Anti-Najib Sabtu lalu, Dr Mahathir menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkemungkinan berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Malah, mereka juga tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada polis sekiranya Dr Mahathir gagal berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Edwin berkata hanya kerana beliau kini berubah arah dan berada sepentas bersama pemimpin pembangkang, Dr Mahathir tergamak mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman sedemikian.

"Apa yang berlaku pada perhimpunan itu adalah satu kenyataan yang dikeluarkan atas dasar kebencian terhadap Perdana Menteri. Ketidak sehaluan dengan Perdana Menteri jadi dia menyalahkan kelompok minoriti itu hanya kerana dia tidak 'sebulu' dengan Najib Razak," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana