Isu FIC : ‘Penyakit Suka Membohong’ Rafizi Cukup Sukar Untuk Diubati – Norshida

KUALA LUMPUR, 27 Okt – ‘Penyakit suka membohong’ Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli nampaknya cukup sukar untuk diubati walaupun sebelum ini fitnah dan putar belitnya dalam pelbagai isu seperti Tabung Haji, NFC dan sebagainya lagi bukan sahaja kantoi malah berdepan dengan tindakan undang-undang.

Terbaru, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dilapor akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan itu berhubung dakwaan bahawa firma itu menubuhkan sebuah anak syarikat baru bagi tujuan pembelian hotel di London.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, YB Norshida Ibrahim, Rafizi bukan sahaja dilihat sebagai pemfitnah tegar malah tindakannya yang tidak pernah serik-serik melakukan perbuatan yang sama memperlihatkan usaha yang berterusan dalam mengelirukan rakyat terutama kalangan warga Felda.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada warga peneroka khususnya agar melihat kepada ‘sejarah’ Rafizi sebelum ini yang ‘kantoi’ dalam beberapa siri pendedahannya namun masih tetap meneruskan rentak politik sedemikian rupa.

“Jika kita imbau sejarahnya sebelum ini, isu cincin isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai contoh… Rafizi memberi alasan semasa perbicaraan saman fitnah di mahkamah kenyataan tersebut adalah seloroh dan gurauan.

“Begitu juga dalam isu fitnah berhubung kos MRT yang didakwanya menelan belanja lebih dari yang sepatutnya. Jika disenaraikan di sini panjang lebar sejarah segala tohmahannya yang terbukti sekadar untuk mengelirukan rakyat semata-mata,“ katanya kepada UMNO-Online.

Tambah Norshida mereka (pembangkang) perlu menilai dan bermuhasabah secara mendalam dengan tindak tanduk mereka hari ini yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat kecuali memesongkan perkara yang sebenarnya.

“Sudah acapkali perkara seumpama ini berlaku dan saya tidak faham kenapa mereka bersungguh-sungguh berusaha mengelirukan masyarakat dengan fakta yang sebenarnya. Adakah sekadar mahu raih undi simpati anak Felda atau sememangnya kerja mereka.

“Rakyat kena lihat…modus operandi mereka mengutuk pemimpin serta mengelirukan perkara yang sebetulnya. Saya tidak nampak mereka berfikir ke arah tentang hala tuju anak bangsa kita.

“Sedangkan pelbagai pelaksanaan serta perancangan yang dibuat dan diusahakan oleh kerajaan adalah untuk kepentingan rakyat walaupun saban hari dan saban minggu ditohmah oleh pakatan pembangkang yang hanya sekadar memancing sokongan untuk kepentingan politik mereka semata-mata,” ujarnya. –MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana