Himpunan pembangkang gagal tarik minat belia – Rizal Mansor

Kekurangan golongan muda atau belia yang hadir pada himpunan anti-kleptokrasi pada Sabtu lalu membuktikan bahawa mereka semakin bosan melihat telatah pakatan pembangkang negara ini, kata Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.

“Mereka keliru kerana Tun Dr Mahathir, yang dahulunya dimaki dicerca dan digelar dengan segala macam benda sama seperti yang mereka lakukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, disambut bagai seorang hero oleh pimpinan pakatan pembangkang.

“Contohnya,Dr Wan Azizah duduk sebaris dengan lelaki yang pernah penjarakan suaminya,” kata Rizal dalam satu kenyataan.

Tambahnya, anak muda juga kecewa kerana pembangkang tidak mampu membela nasib golongan berkenaan walaupun mentadbir dua negeri maju iaitu Pulau Pinang dan Selangor.

Pada Sabtu lalu, Polis Selangor menganggarkan bahawa hanya 5,000 hadir memberi sokongan dalam perhimpunan berkenaan dan penyertaaan golongan muda dikatakan hambar.

Himpunan  itu juga dikatakan gagal menyaingi Himpunan Fastaqim 2.0 anjuran PAS di Terengganu yang menambat hati 200,000 orang.

Bagaimanapun kekurangan penyertaaan golongan muda ini sebenarnya sudah dijangka selepas kebanyakan mereka menyertai aktiviti Hari Sukan Negara anjuran kerajaan Persekutuan pada hari yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana