Himpunan gagal isyarat akar umbi pembangkang tak suka Mahathir

Himpunan anjuran Pakatan Harapan gagal mencapai sasaran 100,000 kehadiran penyokong akar umbi pembangkang dipercayai berpunca daripada idea program yang mirip program UMNO.

Kecelaruan imej pembangkang itu berpunca daripada Pengerusi PH Tun Mahathir Mohamad yang cuba membawa cara beliau menganjur program ketika bersama UMNO ke dalam program pembangkang.

“Sebenarnya apa pun tema dia tiada masalah, kerana mereka tahu itulah orang-orang kerepot seperti Tun Mahathir dan Lim Kit Siang, mereka ini sudah kerepot.

“Rakyat Malaysia sudah tahu mereka yang kerepot-kerepot ini. Tetapi apa yang mereka buat semalam menyerupai UMNO, itu yang ahli-ahli tidak setuju, baju merah, persediaan, cara, semuanya seakan-akan macam UMNO

“Saya yakin dan percaya sebelum ini program sebegini Mahathir yang buat sejak berzaman dulu dan dia cuba buat dengan pembangkang atau Pakatan Harapan. Sebab itulah ahli-ahli dan penyokong mereka tolak sama sekali,” kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menawarkan diri untuk menjadi perunding kepada program itu pada masa depan.

Menurut Jamal, beliau menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus untuk penyewaan peralatan dan kelengkapan majlis berbanding RM450,000 yang dibayar Pakatan Harapan kepada kontraktor yang dilantik semalam.

“Saya lihat aturan program semalam itu menyerupai program UMNO, kalau orang datang saja dia ingat program UMNO ataupun NGO pro-UMNO. Saya menawarkan diri dan memberi potongan harga separuh.

“Kalau Mat Sabu bayar RM450,000 kepada kontraktor majlis semalam, saya bagi separuh harga daripada harga tersebut termasuk saya sendiri akan menjadi pakar perunding.
“Orang ramai dapat melihat persembahan yang baik, kelengkapan bagus, pencahayaan cukup baik dan skrin LED disusun keliling padang. Ini kerana saya mempunyai peralatan-peralatan canggih,” katanya pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii mengingatkan Pakatan Harapan untuk tidak lagi cuba 'klepet' anak-anak muda masa kini kerana golongan muda masa kini semakin bijak menilai.

"Politik zaman ini bukan lagi politik yang mementingkan pembangunan mega yang akhirnya hanya menguntungkan sesetengah pihak. Tetapi politik zaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah memberi kepada semua rakyat, semua pihak.

"Dia yang klepet, lepas tu dia tuduh orang lain. Rakyat dah mula tidak percayakan dia, macam mana kita nak percayakan dengan orang yang dulunya kata dia tahu, tetapi sekarang tidak tahu? Dulu dikenali sebagai pemimpin kuku besi, segala keputusan dibuat, tetapi hari ini apabila ditanya dia menjawab tiada dalam negara dan tiada semasa keputusan dibuat.

"Sikapnya ini telah menyebabkan penyokong beliau lari meninggalkannya dan pakatan sendiri menerima tumbukan hebat kerana mereka sendiri tidak percaya," katanya.

Tambah Mohd Razlan, negara telah berjaya melahirkan anak muda yang mampu berfikir buruk dan baik terhadap seseorang tokoh politik.

"Bila mereka (golongan muda) melihat ada tokoh politik seperti ini, yang bercakap seperti tidak tahu segala hal, rasa hormat terhadap tokoh ini akan hilang kerana mereka kini ada wang sendiri.

"Zaman dulu,boleh la. Tak ada duit, kita bagi duit untuk orang sokong kita,tapi sekarang ini? No! Sekarang ini orang ada duit, bagi duit pun belum tentu orang nak sokong kita.

"Itu nilai anak muda kita sekarang ini, jadi, jangan nak klepet lagi la...cukup-cukuplah 22 tahu dah klepet," selorohnya.

Ditanya mengenai pengaruh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Wilayah Persekutuan,Mohd. Razlan menyifatkan parti itu sebagai 'nothing'.

"Kalau betul mereka parti multi-racial, letakkan calon Melayu di tempat majoriti Cina seperti di Seputeh, Cheras dan Kepong. Baru kita boleh nampak orang Cina sokong orang Melayu. Tapi percayalah, DAP tidak akan buat.

"Kita nak bangunkan sebuah negara ini memerlukan penyertaan semua kaum, bukan satu kaum sahaja," katanya.

Pada Sabtu Himpunan Anti-Kleptorkrasi dikatakan mendapat sambutan hambar daripada ahli dan penyokong Pakatan Harapan apabila hanya 8,000 peserta mengambil bahagian dalam program yang diadakan di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment