Himpunan Di Alor Setar Hanya Medan Pakatan Kaut Duit Rakyat

Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan sekali lagi himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi esok di Alor Setar, Kedah sama seperti di Petaling Jaya Sabtu lepas dari pukul 4 petang sampai pukul 12 tengah malam. Mereka sedang cuba nasib sekali lagi selepas perhimpunan hujung minggu lepas gagal.

Sasaran mereka 100,000 orang yang hadir tapi hanya 5,000 orang seperti yang dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebenarnya, perhimpunan ini bukan diadakan untuk menarik undi rakyat kerana takkan PH bodoh sudah tahu perhimpunan awal gagal dengan teruk sekali.

Mereka berhimpun adalah kerana untuk kutip derma duit rakyat untuk kaut duit rakyat untuk membiayai kerja jahat politik mereka. Kerja mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerja mengeji Barisan Nasional (BN) dan kerja membayar media asing buat laporan palsu burukkan negara Malaysia.

Kalau di Petaling Jaya hanya 5,000 orang, takkan di Alor Setar akan jadi lebih ramai. Orang kampung lagi lah tidak berminat tambahan pula hari esok adalah hari cuti di Kedah.

Selepas beberapa jam bermula, peti derma lutsinar akan mula diedarkan untuk minta duit dari rakyat untuk tambah dana pembangkang untuk dibayar jadi dedak kepada peserta yang hadir. Mereka sudah ada duit tapi saja-saja mahu datang buat perhimpunan dan kutip derma lagi.

Rapat umum itu akan diadakan di Dataran Harapan Stargate, Alor Setar. Sebelum ini mereka gunakan nama perhimpunan raksasa tapi mereka sudah kecut sebab tidak ramai yang datang, mereka guna pula istilah rapat umum.

Mungkin ini idea Pengerusi PH, Mahathir Mohamad dan bukannya idea parti-parti dalam pakatan. Mahathir bukan seorang manusia yang faham erti kekalahan kerana walaupun sudah jelas dia tidak mendapat sambutan, Mahathir sanggup tebalkan muka dan merayu lagi rakyat supaya bagi derma pada dia.

Sebab itu, ini kali pertama rasanya perhimpunan sama diadakan dua kali dalam jangka masa singkat seperti ia dianjurkan sebab rasa tidak puas hati.

Barisan pemimpin PH yang datang esok ialah Mahathir, Mat Sabu, Lim Kit Siang, Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mukhriz. Mungkin yang akan jadi tukang merayu derma ialah Presiden PAN, Mat Sabu sekali lagi.

Mahathir kata dia tidak puas hati jadi kena buat kali kedua di negeri dia, Alor Setar maka pemimpin lain yang sudah sembah Mahathir pun akur anjurkan lagi perhimpunan sama. Minta lagi duit dari rakyat. Orang ramai perlu sedar bahawa ini hanyalah taktik untuk mereka kutip duit.

Mereka dalam pakatan tahu takkan ramai yang datang tapi jumlah berkenaan tidak beri kesan pun pada video yang akan diberikan kepada media asing serta jumlah pun tidak akan beri kesan kepada derma yang mereka bakal kutip. Duit rakyat harus disedut sebab mereka tak nak guna duit yang mereka ada, kekayaan mereka hanya untuk mereka, untuk tampung perjuangan, kena kikis dan minta dari rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana