Doktor gigi 'Youtube' mohon maaf kepada orang ramai...Bahaya Kepada Orang Ramai Jika Tiada Tauliah

 Doktor gigi palsu Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20 akhirnya memohon maaf kepada orang ramai atas tingkah lakunya sebelum ini.

Nur Farahanis yang lebih dikenali dengan nama Nara juga menafikan ada menerima bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

"Secara jujurnya Nara tak mendapat apa-apa bantuan sendiri daripada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ataupun daripada pihak Menteri Kesihatan sendiri, Nara akui Nara tak dapat apa-apa pun," ujarnya melalui rakaman video yang dibuatnya.

Nara sebelum ini muatnaik di Instagram mendakwa “perniagaan” beliau diluluskan KKM. Beliau juga berterima kasih kepada Timbalan Menteri Kesihatan Dr Hilmi Yahaya dan setiausaha peribadi Aziaan Ariffin atas sokongan mereka.

Pejabat timbalan menteri segera menjawab kenyataan itu dan menafikan mereka memberikan bentuk sokongan kepada Farahanis. Pejabat itu juga berkata mereka tidak menyokong atau bertolak ansur dengan mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

Dr Hilmi bagaimanapun dilaporkan berkata selaku ahli Parlimen Balik Pulau, beliau ada menghantar surat rayuan Farahanis kepada pengarah jabatan kesihatan pergigian di kementerian untuk pertimbangan mereka.

Nara dalam pada itu, berkata dia menyesal kerana membuat kenyataan 'berterima kasih kepada orang ramai kerana buatkan beliau terkenal dan kaya'.

Disebabkan itu, dia menjadi sasaran kritikan nitizen yang rata-rata menuduhnya sebagai bongkak, tak serik dan mencemar imej pengamal perubatan pergigian.

Nara sebelum ini mengaku hanya mempelajari “kemahiran pergigian” melalui YouTube.

“Nara nak mintak maaf juga mungkin daripada sebab video ni banyak jadinya masalah…Nara minta maaf kalau andai kata apa daripada apa video tu membuat ada ramai pihak yang termakan hati,” katanya.

Gadis itu juga membuat permohonan maaf kepada pengamal perubatan pergigian.

“Nara memang berniat kali ini untuk minta maaf juga kepada semua-semua doktor gigi, pakar pergigian, doktor pergigian yang mana terlibat dalam pergigian.

“Nara pun masa kejadian berusia 19 tahun. Nara tak tau pun pasal ‘law’ ke, berkaitan dengan benda-benda macam ni akan mendatangkan hasil yang seburuk ini.

“Mungkin dengan perbuatan Nara ni akan menjadikan satu pengajaran juga pada diri Nara yang mana Nara pun dah kesal dengan apa yang berlaku.

“Akan jadi pengajaran juga kepada orang-orang awam yang sedang membuat juga benda yang sama…Banyak datanganya masalah kepada pihak-pihak yang tertentu.”

Nara didapati bersalah pada 29 September oleh Mahkamah Sesyen di Melaka kerana menjalangkan perniagaan klinik pergigian swasta tidak berdaftar.

Beliau dibebaskan dari penjara selepas enam hari menjalani hukuman penjara, enam bulan selepas denda RM70,000 diselesaikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana