DAP sengaja mahu provokasi PAS bentang bajet - Penganalisis

DAP sengaja mahu memprovokasi PAS apabila bertanyakan 'Mana Bajet PAS'?, kata Penganalisis politik, Edwin Michael Muniandy.

Justeru beliau berkata PAS tidak perlu melayan karenah DAP untuk membentangkan bajet mereka dan sentiasa 'mengukur baju di badan sendiri' sementelah mempunyai bilangan ahli Parlimen yang sedikit dalam Dewan Rakyat.

"DAP tidak ada satu justifikasi yang jelas mengapa mereka perlu provoke PAS untuk bentangkan bajet, dan ini dilakukan semata-mata untuk mencabar PAS sebab selama ini kita tahu PAS dan DAP sudah banyak tidak sefahaman dengan beberapa isu, jadi ini peluang yang terbaik untuk DAP untuk 'provoke' PAS.

"Sebenarnya, dalam konteks politik yang sebenar, DAP tidak perlu ambil peduli sama ada PAS mahu bentangkan bajet mereka atau tidak. Itu tidak ada kena mengena dengan mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Terdahulu, Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng mempersoalkan mana bajet alternatif daripada PAS untuk memperlihatkan dasar kewangan mereka.

Malah Ahli Parlimen Segambut itu bertanyakan adakah PAS hanya ke Parlimen untuk memperjuangkan Rang Undang-Undang (RUU) 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan tidak mempedulikan hal-hal negara yang lain.

Mengulas lanjut, Edwin berkata sememangnya tiada keperluan bagi PAS untuk membentangkan bajet mereka kerana ia adalah sebuah parti tunggal yang kini bergerak sendiri.

"Sekarang ini, kalau PAS bersama lagi dengan Pakatan, ia akan jadi berbeza tetapi sekarang mereka (PAS) hanya jadi satu parti pembangkang tunggal yang tidak bekerjasama dengan PH, jadi sebab itu saya tidak nampak kenapa PAS perlu membentangkan bajet alternatif mereka.

"PAS juga sebelum ini sudah memberitahu bahawa target mereka adalah untuk bertanding di 40 kerusi Parlimen, jadi mereka tidak ada hasrat untuk menawan Putrajaya jadi tidak ada apa-apa kepentingan untuk memberi sebarang tawaran di peringkat nasional," ujarnya.

Semalam, PH membentangkan Belanjawan Alternatif 2018 mereka, dua hari sebelum kerajaan Barisan Nasional (BN) mengumumkan Bajet 2018 Jumaat ini.

Antara 10 intipati yang dijanjikan parti itu termasuk mahu memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), selain berhasrat untuk menghapuskan tol dan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar.

Namun, ada yang menganggap bajet yang dikemukakan pembangkang itu sebagai bajet populis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana