BN Kedah yakin rampas DUN Bukit Selambau dan Lunas

Barisan Nasional (BN) Kedah positif dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan untuk calon mewakili masyarakat India, iaitu Bukit Selambau dan Lunas mampu dirampas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata ia bagaimanapun bergantung kepada kesediaan semua anggota dalam parti komponen BN.

Beliau berkata, semua perlu turun padang bekerjasama dalam memastikan kemenangan calon yang akan diketengahkan parti di dua kerusi DUN berkenaan.

Katanya, berkata kemenangan itu bukan sahaja penting untuk memudahkan parti membantu rakyat di kedua-dua kawasan, malah lebih utama turut membuka ruang kepada wakil kaum India mengisi kuota dalam barisan EXCO kerajaan negeri.

"Wakil kaum India akan tetap diberi peluang bertanding pada PRU-14. Kita amat berharap calon menang selepas dua penggal gagal mendapat tempat di dua kerusi itu yang ada ramai pengundi masyarakat India.

"Bagi BN, kita akan senaraikan beberapa calon daripada masyarakat India untuk bertanding di DUN Bukit Selambau dan Lunas.

"Bagaimanapun untuk memastikan (kemenangan), setiap parti komponen BN perlu bersatu dan menyokong calon selain sanggup turun ke akar umbi untuk membantu masyarakat berbilang kaum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kuih raya dan wang tunai kepada kira-kira 1,000 penduduk India dari 36 kawasan DUN di Kedah sempena Deepavali di Dewan Mentaloon, di sini hari ini.

BN kali terakhir menguasai DUN Bukit Selambau dan Lunas melalui PRU-11 pada 2004, sebelum hilang kedua-dua kerusi kepada pembangkang bermula PRU-12.

Ahmad Bashah juga mahu BN terus kekal sebagai juara di hati rakyat, demi memastikan imej parti sebagai tunjang pentadbiran negeri terus dihargai dan diyakini.

"Jangan beri peluang kepada parti lain, biar kita dulu yang turun membantu, jika tidak rakyat akan hilang kepercayaan kepada kita.

"Selain itu kaum India sendiri perlu memberi kepercayaan kepada calon BN untuk menjadi wakil mereka bersuara dalam kerajaan," katanya.

Mengenai sumbangan disampaikan, Ahmad Bashah berkata, ia bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan musim perayaan dan meraikan masyarakat India yang akan menyambut Deepavali Rabu ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail dan barisan pemimpin MIC, Parti Progresif Penduduk (PPP) serta Makkal Sakti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana