Bila Akal Pendek!!!!! Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak

IPOH: Mahkamah Majistret Ipoh menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas seorang pelajar tingkatan enam selepas mengaku bersalah mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Perak dalam laman sosial, enam hari lalu.

Majistret Siti Hafizah Jaafar turut memerintahkan pelajar lelaki sebuah sekolah di Muar, Johor, itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Twitter secara sedar membuat dan menghantar komen bersifat jelik iaitu 'Sultan Perak pun bodoh' di laman http://mobile.twitter.com/farhaleigh dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bandar Baru Medan Ipoh di sini pada jam 10.30 malam pada 13 Oktober lalu.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut laporan BH Online, pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Awatif Ahmad Bashir.

Terdahulu, Siti Hafizah meminta tertuduh menyebut lima prinsip Rukun Negara di dalam mahkamah dan bertanya sama ada dia memahami prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu.

Beliau juga menjelaskan tindakan tertuduh itu menyalahi prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan serta ramai anggota masyarakat turut mengabaikannya sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan angkuh serta menghina orang lain.

"Berdasarkan pertuduhan, awak sepatutnya boleh dipenjarakan tetapi disebabkan usia yang masih muda, mahkamah cuba menghindarkan hukuman itu demi masa depan kamu.

"Bagaimanapun, hukuman setimpal perlu diberikan sebagai pengajaran," katanya.

Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana