“BERUNTUNG SAYA ADA SAHABAT SEPERTI ZAHID,” KATA NAJIB

SELEPAS mengumumkan pelbagai khabar gembira khusus pembentangan Bajet 2018 semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakhiri ucapan dengan memberi kata pujian buat timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Menurut Najib, semua kejayaan yang dicapai adalah hasil kerjasama secara berpasukan dan Ahmad Zahid bukan sekadar timbalan tetapi beliau juga seorang sahabat yang setia.



“Dan segalanya hanya mampu diperbuat dan boleh dicapai dengan adanya kerjasama ikhlas sepasukan.



“Bertuahlah saya kerana mempunyai bukan sekadar seorang timbalan perdana menteri, tapi lebih jauh daripada itu, seorang sahabat yang setia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya dipetik laporan beberapa portal.



Dalam pada itu, Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut menghargai di atas walak (kesetiaan) tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh ahli jemaah menteri dan pimpinan parti komponen dalam usaha membangunkan negara.



“Bersumpah dan berjanjilah bahawa kalau pun terpenggal putus tangan dari badan, sekali pun lumpuh kaki tidak bermaya, amanah dan harapan rakyat yang kita genggam jangan sekali-kali terlepas dan tergadai kepada pihak lawan.



“Ayuhlah, kita wajib tetap menggigit amanah yang diberikan itu dengan taring-taring dan geraham-geraham masing-masing sampai ke titisan darah terakhir membawa BN menuju kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, insya-Allah,” katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana