BAJET2018 JADI MEDAN PEMBANGKANG TUNJUK KEBODOHAN MEREKA

Roh perjuangan Pakatan Harapan Semakin meracau selepas Bajet 2018 dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober 2017.

Apa tidaknya, ada yang mengatakan Datuk Seri Najib peralat wanita kecam musuh politiknya, ada juga yang kata pemansuhan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau kerana Kerajaan Persekutuan terpaksa tunduk kepada rakyat Selangor dan paling popular tuduhan Bajet 2018 adalah gula-gula pilihan raya, malah ada yang tuduh bajet yang dibentangkan semalam tiru bajet palsu Pakatan Harapan.

Sejarah tuduhan akan berulang setiap kali pembentangan bajet dan umumnya sudah maklum pembangkang sebenarnya kehabisan modal untuk menghalang rakyat sokong Barisan Nasional.

Kalau benar pun bajet 2018 untuk menarik undi atau sokongan rakyat kepada Barisan Nasional ia adalah lebih baik daripada menjual tawaran seperti dilakukan pembangkang.

Mungkin bagi pembangkang,bantu rakyat cukup dengan sebuku roti seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang untuk mengekalkan sokongan,kerana sebelum itu mereka ditipu sehingga tercicir untuk mendapatkan kediaman yang selesa.

Bagi pembangkang,cukuplah dengan sekampit beras yang ditampal gambar ahli Parlimen mahupun Dun sebagai tanda perihatin pemimpin kepada mereka.

Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata,belanjawan 2018 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas bertujuan menarik undi rakyat semata-mata.

Nampaknya pemikiran Shamsul Iskandar Md Akin masih di takok lama malah beliau masih dibelenggu politik kekampungan yang telah lama ditinggalkan masyarakat desa.

Rasanya patut ditanya satu soalan kepada Shamsul Iskandar .Apakah tujuan Pakatan Harapan pusing negara menyebar fitnah dan menjual janji-janji kosong kepada rakyat sambil kutip derma?

Katanya lagi,Kita tidak lihat suatu usaha bersungguh-sungguh daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengangkat ekonomi masyarakat khususnya golongan muda.

Shamsul Iskandar nampaknya tunjuk kebodohan apabila membuat komen tanpa meneliti bajet 2018 terlebih dahulu.

Oleh kerana komen bodoh diketengahkan oleh beliau,rasanya komen itu perlu diaju dengan soalan mengikut tarafnya.

Kiranya benar tiada usaha berusngguh-sungguh daripada persekutuan untuk mengakat ekonomi masyarakat terutamanya orang muda,apa pula usaha pembangkang untuk kearah itu selain diajak berdemonstrasi sambil kutip derma?.

Dah berapa juta orang kerajaan Selangor melahirkan jutawan berjaya terutamanya orang muda dengan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana