Bajet PH : Hak Rakyat Sabah Dan Sarawak Ditidakkan Oleh Pakatan Harapan

Disaat Pakatan Harapan begitu hebat menabur janji kosong kepada rakyat Malaysia menerusi Belanjawan Alternatif milik mereka, mungkin ada yang terlepas pandang bahawa Pakatan Harapan seolah-olah meminggirkan hak rakyat Sarawak dan Sabah dalam bajet mereka.

Jika kita nilai setiap sehelai bajet berkenaan, mereka lebih memfokuskan untuk menghapuskan GST dan tol di samping menjana pendapatan menerusi jalan yang langsung tidak masuk akal dan pengurangan kakitangan awam di peringkat nasional. Tentang keperluan Sarawak dan Sabah, hanya sedikit sahaja di masukkan seolah-olah Sarawak dan Sabah ini bukan berada di dalam Persekutuan Malaysia.

Dalam bajet pembangkang ini, mereka ada menggariskan peruntukan sebanyak RM 75 bilion, iaiut RM 15 bilion setiap penggal untuk 5 tahun yang akan datang. Ini bermakna, peruntukan sebanyak ini sahajalah yang boleh diguna oleh kedua-dua kerajaan negeri ini setiap tahun tanpa ada bayangan yang mengatakan, kerajaan pembangkang bersedia menambah peruntukan sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Menyentuh tentang hak royalti petroleum untuk Sarawak dan Sabah, mereka ada mengatakan untuk menambah jumlah royalti berkenaan namun tidak di berikan masa dan bila ianya akan dilaksanakan. Hari ini, kerajaan Sarawak sudah mempunyai syarikat petroleum milik kerajaan negeri sendiri iaitu Petroleum Sarawak (PETROS) di mana kerajaan negeri akan menjana pendapatan mereka menerusi syarikat ini.

Di samping itu juga, sejak sekian lama, kerajaan pusat tanpa pernah gagal membayar sebanyak 10 peratus royalti petroleum terhadap kedua-dua negeri ini dan akan mempertimbangkan dari masa kesemasa untuk menaikkan kadar royalti ini, bergantung kepada pasaran harga minyak global.

Timbul persoalan, cukupkah RM 15 bilion yang diperuntukkan setiap tahun untuk Sarawak dan Sabah ini? Sehingga hari ini, di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib, peruntukkan yang diberi kepada Sarawak dan Sabah tidak pernah diletakkan sebarang had. Apa sahaja keperluan bagi kedua-dua buah negeri ini akan terus disalurkan tanpa perlu meletakkan sebarang had peruntukan.

Lihat sahaja bagaimana pelbagai projek mega yang sedang dan akan dilaksanakan di Sarawak dan Sabah. Pan Borneo sebagai contoh, jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM 27 bilion (mungkin akan bertambah dari masa kesemasa) dengan jarak sejauh 2,239 kilometer dari Teluk Melano di Sarawak sehingga ke Tawau, Sabah.

Itu belum lagi berceritan tentang rancangan pembinaan LRT, komuter, pembangunan infrastruktur kedua-dua buah negeri, pendidikan, kesihatan, bencana alam dan pelbagai lagi yang dianggarkan mungkin mencecah RM 20 bilion setiap tahun. Angka ini tidak pernah tetap kerana kerajaan akan sentiasa menyalurkan peruntukan untuk pembangunan kedua-dua buah negeri ini supaya perbezaan pembangunan antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah dapat diselaraskan.

Kusteru, timbul persoalan, kenapa perlu mengasing dan menghadkan bantuan kepada kedua-dua buah negeri ini sedangkan tanpa Sarawak dan Sabah, tidak akan terbentuk sebuah negara bernama Malaysia. Adakah Pakatan Harapan menganggap, rakyat Sarawak dan Sabah bukan rakyat Malaysia sehingga peruntukan kerajaan pusat sendiri harus di hadkan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana