Ayat Dah Tahu Dohhhhh!!!!! Pembangkang dakwa Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya

Seperti yang dijangka, pembangkang menolak Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menyifatkannya sebagai bajet pilihan raya, sungguhpun sebahagian besar intipati bajet berkenaan memanfaatkan rakyat di negeri pimpinan mereka.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa pengumuman-pengumuman oleh perdana menteri merupakan sebahagian daripada strategi untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.

"Ini bajet pilihan raya, biasalah. Kenapa bonus kakitangan awam nak kena tunggu sehingga 2018, takkan tak boleh bayar akhir tahun ini?," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, sebentar tadi.

Setiausaha Agung DAP itu juga berkata, apa yang paling ditunggu oleh rakyat daripada bajet itu adalah pemansuhan GST.

Ujarnya, sekiranya kerajaan mengumumkan mengenai pemansuhan itu, Barisan Nasional (BN) akan mampu meraih kemenangan majoriti dua pertiga pada PRU14 kelak.

"Harapan kami (untuk tawan Putrajaya) akan hancur kalau mereka masuh GST," katanya lagi, merujuk kepada cukai yang diperkenalkan kerajaan sejak April 2015.

Sementara itu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mendakwa bajet berkenaan lebih banyak meniru Belanjawan Selangor sebelum ini.

"Saya juga lihat banyak inisiatif yang diumumkan mirip apa yang telah dilaksanakan Selangor. Contohnya, kita telah laksanakan Selangor Brain Bank, tapi hari ini pm baru nk kenalkan MyBrain peringkat nasional.

"Kita telah laksanankan TAWAS, tabungan kepada anak baru lahir, tapi PM ikut jejak sama dengan perkenalkan ADAM50," katanya.

Bagaimanapun, mereka menyifatkan pengumuman mengenai pemansuhan tol di Selangor, Kedah dan Johor, sebagai langkah yang baik sungguhpun ia sepatutnya dilaksanakan sejak dulu. 

"Kita setuju benda baik, baguslah," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang daripada PAS, Idris Ahmad.

Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan turut sependapat dengan Idris, namun mendakwa, penghapusan tol khususnya di Selangor, adalah hasil daripada desakan berterusan rakyat negeri berkenaan.

"Itu bagus. Yang di Selangor itu, kita buat demo sejak dulu lagi. Anda patut lakukannya (hapus) dari dulu lagi. Tapi tak apa setidaknya berlaku sekarang. Tapi kredit patutnya kepada Selangor, bukan kerajaan pusat, kerana tekanan selalu dilakukan oleh kerajaan Selangor," ujar pemimpin PKR itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana