Amanah Kelantan tak akan berganjak dari Wisma Tok Guru

SHAH ALAM: Amanah Kelantan akan terus menjalankan kerja-kerja partinya di Wisma Tok Guru memandangkan ia belum menerima notis untuk mengosongkan bangunan itu.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamad ketika mengulas dakwaan parti itu perlu mengosongkan bangunan berkenaan seperti yang dilaporkan media semalam.

"Seperti yang disebut Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassurruddin Daud beritahu sudah hantar notis kepada Amanah Kelantan (pada 14 Oktober) untuk kami keluar daripada bangunan Wisma Tok Guru. Namun setakat ini kami belum terima lagi.

"Kita akan kekal di Wisma Tok Guru sehingga suatu perintah mahkamah dikeluarkan atau suatu bayaran pampasan sewajarnya diberikan kepada kita," katanya kepada Antarapos hari ini.

Respon itu menyusul selepas Amanah Kelantan didakwa diarah untuk mengosongkan Wisma Tok Guru yang terletak di Jalan Pendek, Salor.

Bangunan dua tingkat itu turut menempatkan pejabat Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa yang juga ADUN Salor.

Tanah yang menempatkan Wisma Tok Guru itu merupakan milik balu kepada bekas ADUN Salor, Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim dan telah memberi kebenaran kepada Husam, serta Amanah untuk menggunakan bangunan itu.

Ahmad Rosli yang juga bekas Setiausaha Umno Kelantan telah meninggal dunia pada 27 Julai yang lalu.

"Sepanjang hayat Ahmad Rosli hidup, kedua-dua pihak termasuk isterinya (Haripah Dollah) memberi izin kepada Amanah Kelantan menduduki tanah tersebut," ujar Che Ibrahim.

Isu membabitkan Wisma Tok Guru sebelum ini pernah ditimbulkan beberapa kali oleh Nassurruddin yang mengatakan tapak bangunan itu adalah milik kerajaan.

Pertikaian berlanjutan apabila Nassurruddin mempersoal mengapa Husam mahu menggunakan kemudahan bangunan itu meskipun sudah meninggalkan PAS.

Ahmad Rosli kemudiannya berkata dia dan isterinya memberi kebenaran kepada Husam untuk menggunakannya dan tidak pernah mewakafkan tanah itu kepada kerajaan negeri Kelantan.

Che Ibrahim kemudiannya memberitahu pertikaian berkenaan tanah Wisma Tok Guru itu sedang dibawa ke mahkamah atas pengurusan harta pusaka selepas kematian Ahmad Rosli, memandangkan si mati tidak mempunyai anak.

Malah isu lain pula timbul selepas PAS Kelantan didakwa membeli tanah berkenaan.

"Kita juga pernah berbincang dengan tuan tanah (Ahmad Rosli) untuk membayar tanah itu, namun tuan tanah meninggal lebih awal dan mendapati tanah itu didaftarkan atas nama isterinya.

"Apabila kita sedar isu ini, dalam masa yang sama, pewaris atau orang yang menerima pusaka si mati sedang membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk mengesahkan harta pusaka si mati.

"Kita menunggu sehingga kes perebutan harta pusaka ini selesai untuk kita selesaikan dengan pemilik sebenar tanah itu, tiba-tiba kita mendapat maklumat PAS telah membeli tanah tersebut," katanya lagi.

Che Ibrahim mendakwa isu berkaitan tanah ini timbul selepas kegagalan kerajaan negeri mendapatkan hak seperti yang dituntut pada tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana